Contoh karangan
Model Tuntas UPSR 1
Peribahasa
“Sesal
Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”
Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai
bahasa yang indah dan menarik. Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk menyuntik
nasihat, membimbing, kiasan atau menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur
pengajaran atau didaktik.
Antara beribu-ribu peribahasa yang dicipta ialah “sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini memberi maksud
jika kita mahu melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu
tentang baik dan buruknya. Keputusan yang dibuat dapat mengelakkan kita
menyesal kemudian hari.
Sebagai contoh, Manan sangat malas belajar, semua
kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap hari, dia asyik bermain permainan video
dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan dan
tidak tahu jawapan yang tepat.
Manan gagal dalam peperiksaan. Dia berasa malu pada
kawan-kawannya. Dia menyesal kera tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya.
Namun segala-galanya telah terjadi, nasi sudah menjadi bubur. Manan tidak boleh
berbuat apa-apa lagi.
Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Kita mesti berhati-hati dan berfikir
terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak perbuatan buruk padahnya.
Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna”, mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang
tua dahulu bijak membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri
manusia. Gunakanlah otak untuk berfikir. Sejenak berfikir, selangkah ke
hadapan, setingkat pengetahuan.
No comments:
Post a Comment