BANDINGAN SEMACAM

Bandingan Semacam

1 Bandingan semacam merupakan bahasa kiasan yang menunjukkan keadaan, sifat seseorang atau benda secara perbandingan.
2 Ungkapan bandingan semacam digunakan bersama-sama, iaitu bagai, laksana, macam dan  
   seperti.
3 Contoh bandingan semacam:

Adil macam hakim
Nipis bagai kertas
Berat macam batu
Pantas bagai kilat
Cepat macam kilat
Rajin bagai semut
Degil bagai keldai
Riuh bagai pasar
Gelap macam malam
Sabar bagai nabi
Hitam seperti arang
Sejuk laksana mayat
Jahat seperti hantu
Takut laksana tikus
Keras seperti batu
Tinggi laksana galah
Licin seperti belut
Wangi laksana bunga
Manis seperti gula
Zalim laksana Firaun


4 Ayat contoh:
(a)    Dia dihormati oleh penduduk kampung kerana sikapnya yang adil macam hakim.
(b)   Kakak berasa geram kerana dia terbeli kuih yang keras seperti batu.
(c)    Kejadian ragut itu berlaku dengan pantas bagai kilat.

No comments:

Post a Comment