SIMPULAN BAHASA

Peribahasa

1.         Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai maksud yang tertentu.
2.         Peribahasa terbahagi kepada:

Simpulan Bahasa

1.         Simpulan bahasa ialah kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap.
2.         Simpulan bahasa mempunyai maksud yang berlainan daripada makna kata yang membentuknya.  
3.         Lazimnya, simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan.
4.         Contoh simpulan bahasa:

Simpulan Bahasa
Maksud
ada hati
ada kemahuan
air muka
rupa paras seseorang
anjing kurap
dihina kerana miskin
ambil angin
keluar untuk bersiar-siar
ambil ringan
tidak memberikan perhatian
angkat sumpah
lantikan jawatan
ajak-ajak ayam
pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh
ambil berat
memberikan perhatian
anak emas
orang kesayangan
asam garam
pengalaman hidup
bahasa pasar
percakapan harian
banyak mulut
suka bercakap
bapa ayam
lelaki yang tidak mempedulikan anak-anaknya
batu api
penghasut
batu loncatan
sesuatu yang dijadikan alat untuk mencapai tujuan
bekas tangan
hasil kerja
beri muka
mengikut kehendak
bertikam lidah
berdebat
buah hati
kekasih
cahaya mata
anak
campur tangan
masuk campur hal orang lain
cangkul angin
membuat kerja yang tidak berfaedah
cakar ayam
tulisan yang sukar dibaca
cari jalan
berikhtiar
darah daging
kaum kerabat/sanak saudara
diam-diam ubi
berusaha tanpa banyak bercakap
gaji buta
mendapat gaji tanpa kerja
geli hati
ingin ketawa
harga mati
harga tetap
harga diri
nama baik seseorang
hati batu
degil atau keras hati
hidung tinggi
sombong
ikat perut
berlapar
isi hati
sesuatu yang dipendam dalam hati
jauh hati
merajuk
jaga hati
menjaga perasaan
kaki botol
ketagih minuman keras
kaki lima
tempat lalu-lalang di hadapan kedai
kaki ayam
tidak memakai kasut
kera sumbang
tidak suka berkawan
khabar angin
berita yang belum tentu benarnya
lepas tangan
tidak ambil tahu
makan hati
berdukacita
makan suap
rasuah
naik angin
marah
nyawa-nyawa ikan
hampir mati
pasang telinga
mendengar dengan teliti
pilih kasih
pemilihan yang tidak adil
rambang mata
tidak tahu yang mana satu hendak dipilih
tawar hati
tidak berminat
telinga tempayan
tidak mendengar kata-kata orang lain.
titik peluh
hasil usaha sendiri
wang saku
duit untuk perbelanjaan


5.         Ayat contoh :
a)      Pemuda yang miskin itu ada hati hendak memiliki rumah yang besar di situ.
b)      Pak Seman telah bulat hati untuk berhijrah ke bandar.
c)      Lamina mendapat durian runtuh apabila berjaya memenangi peraduan teka silang kata itu.

3 comments:

  1. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Moga blog saya ini dapat memberi ilmu.Ilmu untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  3. Banyak nota dan latihan saya dapat daripada blog cikgu.

    ReplyDelete