Jom Praktis
A Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
1. Mereka sekeluarga bercadang untuk __________________ ke Pulau Pangkor pada minggu hadapan.
2. Puan Latifah sentiasa ___________________ akan prestasi pelajaran anak-anaknya.
3. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan __________________ ketika menulis
karangan.
4. Kumpulan pelancong asing itu berasa kagum apabila melihat keunikan
_________________ para pekerja di pusat kraf tangan tersebut.
5. Mereka sedang __________________ tentang isu pembuangan sampah di kawasan
kediaman mereka.
6. Badrul sedang ___________________ untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran sekolahnya.
Garis bidalan yang paling sesuai.
1 Mak Lijah pasti bahawa Jamil membantunya kerana (ada udang di sebalik batu; tiada beban batu digalas).
2 Pak Cik Ghani percaya bahawa anak-anaknya yang berselisih faham akan berbaik-baik semula kerana (air dicincang tidak akan putus; belakang parang kalau diasah lagikan tajam).
3 Kak Shera tidak berasa kekok lagi untuk membuat kerja-kerja di sawah kerana (alah bias tegal biasa; belum duduk sudah berlunjur).
4 Tindakan Hana menasihati Murad hanya seperti (cencaru makan petang; hujan jatuh ke pasir) kerana Murad langsung tidak menghargainya.
5 Abang Rashdan menegur Rusdi yang bersikap (lempar batu sembunyi tangan; marahkan nyamuk kelambu dibakar) kerana tidak bertanggungjawab terhadap perbuatannya.
6 “Nani, janganlah cepat berputus asa apabila menghadapi kegagalan, sebaliknya kamu perlu (genggam bara api, biar sampai jadi arang; sediakan payung sebelum hujan) untuk mencapai kejayaan,” Nasihat Kak Yana.
C Lengkapkan ayat dengan pepatah yang paling sesuai.
1 Hakimi tidak mengahadapi sebarang masalah kewangan untuk menjalankan projek penternakan ikan keli, bak kata pepatah _____________________________________
_______________________________________ kerana keluarganya sangat kaya.
2 Perbuatan Balan memburuk-burukkan Amri hanya ____________________________
________________________________________ kerana Amri dikenali sebagai seorang murid yang baik dan bertanggungjawab.
3 Anak-anak Puan Hanani sangat berbudi bahasa seperti ibu mereka kerana _____________________________________________________________________.
4 Penduduk di kampung itu sentiasa bekerjasama ketika menjalankan pelbagai aktiviti yang dijalankan di kampung mereka kerana mereka mengamalkan sikap _____________________________________________________________________.
5 Pendapatan bulanannya sentiasa tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya kerana _____________________________________________________.
6 “ Lukman, kita perlu ____________________________________________________ agar rahsia ini tidak akan terbongkar,” pesan Alif.
D Tulis perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan.
1 Pemuda itu tidak mahu bercampur gaul dengan masyarakat setempat sehingga tidak mengetahui hal-hal semasa yang berlaku di sekelilingya.
( _______________________________________________ )
2 Mamat dan Amin pasti akan bertengkar jika mereka berjumpa.
( _______________________________________________ )
3 Semua penduduk di Kampung Permata hidup bantu-membantu sehingga kehidupan mereka sangat harmoni. ( ______________________________________________ )
4 Perasaannya benar-benar sedih tatkala mendengar kata-kata dan tuduhan yang dilemparkan oleh rakannya itu. ( __________________________________________)
5 Kedudukan Ravi di syarikat itu benar-benar terancam kerana pada bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan oleh majikannya. ( ____________________________)
6 Keakraban hubungan persahabatan Hanim dan Dila memang telah diketahui oleh rakan-rakan di sekolah mereka. ( _________________________________________)
E Isi tempat kosong dengan bandingan semacam
1 Pak Mat yang ________________________ begitu bijak dalam menyelesaikan pertelingkahan antara kedua-dua orang pemuda itu.
2 Kotak yang sangat ______________________________ itu tidak terangkat oleh Kamil yang berbadan kecil.
3 Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ibu bapa Alan untuk mengubah sikapnya yang __________________________.
4 Ramai pemuda yang terpikat apabila melihat senyuman kakak yang sangat ______________________.
5 Hai, beruntungnya Mak Limah kerana anak-anaknya yang __________________________ sering membantunya!
6 Murid lelaki yang __________________________ itu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan lompat tinggi di sekolahnya.
PERIBAHASA
PRAKTIS BESTARI
Soalan 1- 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
1 Abang Imran bersyukur kerana mendapat __________ setelah diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah anjuran syarikat tersebut.
A durian runtuh C duit kopi
B wang saku D gaji buta
2 Walaupun sudah berusia 60 tahun, datuk saya masih ______________.
A tajam akal C tajam lidah
B tajam mulut D tajam ingatan
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Pada setiap petang, Kamala _________ di tepi pantai yang indah itu.
A ambil hati C ambil berat
B ambil angin D ambil masa
4 Encik Jalil _________ kerana jasanya dihargai oleh penduduk kampung
A gelap hati C gelap mata
B besar hati D besar kepala
5 Kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah supaya mereka tidak _________.
A buta hati C buta huruf
B buta perut D buta warna
6 Azfar dn rakan-rakannya berasa gembira kerana menerima ________ daripada Pak Akob setelah mereka membersihkan dusunnya.
A wang kopi
B wang muka
C wang hangat
D wang belanja
7 Maria berasa sangat sedih apabila mengetahui bahawa dia hanya _______ Puan Rosnah.
A saudara anjing
B anak kandung
C anak angkat
D anak emas
8 “ Anak-anakku, kita terpaksa _______ pada malam ini kerana ibu tiada wang untuk membeli makanan” kata Mak Temah kepada anak-anaknya dengan sayu.
A alas perut
B ikat perut
C makan hati
D makan garam
9 Para penyokong Pasukan Merah membantah tindakan pengadil yang _______ itu.
A batu api C berat sebelah
B angkat kaki D banyak mulut
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10 Mereka sedang _______ untuk menyelesaikan masalah itu.
A cari akal C masuk campur
B ambil berat D berpeluk tubuh
11 Puan Maimon sedia maklum akan keakraban hubungan kedua-dua orang anak kembarnya yang _______ sehingga sukar untuk dipisahkan.
A seperti cincin dengan permata
B seperti bulan dipagar bintang
C bagai hempedu lekat di hati
D bagai kunyit dengan kapur
12 Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan akan menjadi senang kerana _________.
A alah bisa, tegal biasa
B alah sabung menang sorak
C alah jadi abu, menang jadi arang
D alah membeli, menang memakai
13 Jangan sesekali memburukkan nama keluarga kepada orang lain kerana _______.
A anjing menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh
B menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
C terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
D cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
14 Pergaduhan antara kedua-dua orang adik-beradik itu tidak akan berpanjangan kerana ________.
A air digenggam tiada tiris
B air beriak tanda tak dalam
C air dicincang tidak akan putus
D air yang tenang jangan disangka tiada buaya
15 Seseorang yang bodoh akan menjadi pandai jika selalu diajar kerana _______.
A biar lambat asalkan selamat
B tiada rotan akar pun berguna
C bumi mana tidak ditimpa hujan
D belakang parang diasah lagikan tajam
16 Nasib Zairul dan adiknya _______ selepas kematian ibu bapa mereka.
A seperti batu jatuh ke lubuk
B seperti embun di hujung rumput
C seperti anak ayam kehilangan ibu
D seperti katak di bawah tempurung
17 Sikap menabung perlu disemai dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil agar mereka tidak melakukan pembaziran. Pilih bidalan yang sesuai dengan pernyataan di atas.
A Genggam bara api biar sampai jadi arang
B Marahkan nyamuk kelambu dibakar
C Melentur buluh biarlah dari rebung
D Sediakan payung sebelum hujan
18 Fadli dan rakan-rakannya saling membantu untuk memastikan projek tersebut dapat disiapkan pada masa yang telah ditentukan. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas adalah
A bagai isi dengan kuku
B bagai aur dengan tebing
C seperti tikus jatuh ke beras
D seperti cincin dengan permata
19 Hasmuni ditinggalkan oleh kawan-kawannya kerana dia berjalan lambat sekali. Bandingan semacam yang sesuai untuk pernyataan di atas adalah
A pantas macam kilat
B lurus macam bendul
C angkuh macam merak
D lambat macam kura-kura
20 Kita mesti berhati-hati dengan orang yang cuba berbaik-baik dengan kita secara tiba-tiba kerana mungkin dia mempunyai tujuan yang tertentu.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A ada air adalah ikan
B ada udang di sebalik batu
C nasi sudah menjadi bubur
D patah tumbuh hilang berganti
21 Sidik dan abangnya pandai bermain bola seperti bapa mereka yang pernah mewakili negeri dalam pertandingan bola sepak.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
B bagaimana acuan, begitulah kuihnya
C besar periuk, besarlah keraknya
D ada gula adalah semut
22 Khuzairi dijaga dengan sepenuh kasih sayang oleh Mak Cik Leha dan suaminya kerana dialah satu-satunya anak mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas adalah
A seperti api dalam sekam
B umpama isi dengan kuku
C laksana bulan dipagar bintang
D bagai menatang minyak yang penuh.
PERIBAHASA
Pilih peribahasa yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat yang bergaris.
1 Selepas kematian ibunya, Laila menumpang tinggal di rumah pak ciknya.
A Seperti anjing menyalak bukit
B Seperti kerbau dicucuk hidung
C Seperti cendawan selepas hujan
D Seperti melukut di tepi gantang
2 Penduduk kampung yang terpencil itu tidak pernah mengikuti perkembangan dunia semasa.
A Seperti tikus membaiki labu
B Seperti telur di hujung tanduk
C Seperti enau di dalam belukar
D Seperti katak di bawah tempurung
3 Johari semakin berlagak dan mengada-gada selepas dia dinaikkan pangkat.
A Seperti bulan di pagar bintang
B Seperti kaduk naik junjung
C Seperti enau dalam belukar
D Seperti murai tercabut ekor
4 Keluarga Mahani menolak pinangan Mazlan kerana dia tidak sekaya mereka.
A Seperti tikus jatuh ke beras
B Seperti siang dengan malam
C Seperti rusa masuk kampung
D Seperti minyak dengan air
5 Tiga orang pelajar yang sesat di hutan itu terpaksa berkongsi makan sekeping roti.
A Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak
B Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
C Guruh berdentum di langit, air di tempayan dicurahkan
D Burung terbang dipipiskan lada
6 Radio yang rosak itu tidak dapat digunakan lagi setelah Abu cuba membaikinya.
A Seperti pahat dengan tukul
B Seperti tikus membaiki labu
C Seperti buku dengan ruas
D Seperti minyak dengan air
Soalan 7 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
7 Pemuda yang suka mencuri itu akhirnya berjaya ditangkap oleh polis.
A Harapkan pagar, pagar makan pad
B Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
C Jerat tidak pernah lupakan pelanduk tetapi pelanduk selalu melupakan jerat
D Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
8 Devi tidak pandai menghargai pemberian orang kepadanya.
A Seperti kunyit dengan kapur
B Seperti beruk kena belacan
C Seperti kera mendapat bunga
D Seperti buku dengan ruas
9 Banyak penduduk tempatan yang menjadi pengintip Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
A Seperti gunting dalam lipatan
B Seperti embun di hujung rumput
C Seperti anjing dengan kucing
D Seperti gergaji dua mata
A Mencurahkan air ke daun keladi
B Marahkan nyamuk kelambu dibakar
C Malas bergarit perut perut
D Monyet mendapat bunga
Pilih maksud peribahasa di bawah ini.
11 Alah bisa tegal biasa.
A Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan.
B Pekerjaan yang mudah dan biasa dilakukan.
C Pekerjaan yang sukar tetapi mudah dilakukan.
D Sesuatu pekerjaan yang biasa dilakukan.
12 Air dicencang tidak akan putus.
A Air yang tidak akan putus apabila dicencang.
B Air yang liat.
C Perbalahan antara adik-beradik yang tidak akan berpanjangan.
D Perbalahan antara kawan yang tidak berpanjangan.
13 Bagai kumbang putus tali.
A Kumbang yang putus talinya.
B Sangat pantas
C Kumbang yang terbang cepat
D Sangat lambat
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.
14 Barisan yang dilakukan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah itu sahaja.
A seperti ular kena palu
B seperti menarik rambut di dalam tepung
C seperti mendukung biawak hidup
D seperti mencurah air di daun keladi
15 Budak itu menjadi apabila mengikut kehendak kawan-kawannya.
A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti pahat dengan pemukul
C seperti sirih pulang ke gagang
D seperti menghitung bulu kambing
Jawapan
1 D 2 D 3 B 4 B 5 B
6 B 7 D 8 C 9 A 10 A
11 A 12 C 13 B 14 A 15 A
SIMPULAN BAHASA
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah ini.
1 Pekerja-pekerja di hotel itu menyiapkan pentas khas untuk majlis perasmian pembukaan hotel tersebut.
A bermandi peluh C bertegang urat
B berputih tulang D berpatah arang
2 Setelah begitu lama berada di rumah Salmah, kami pun .
A minta diri C minta nyawa
B minta hati D minta kasih
3 Budak yang itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya.
A kepala angin C kepala batu
B besar kepala D barat kepala
4 Encik Hasyim mendermakan buah pinggangnya kepada adiknya.
A berbesar hati C berkecil hati
B berlebih hati D bermurah hati
5 Sazali seperti kerana suka mengasingkan diri.
A alim kucing C Abu Nawas
B kera sumbang D bodoh sepat
6 Penduduk kampung mula marah dengan peraih-peraih ikan itu yang bersikap seperti .
A muka tembok C telinga kuali
B hidung tinggi D lintah darat
Soalan 7 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
7 Orang yang gelojoh ialah orang yang .
A makan darah C buruk makan
B makan suap D makan diri
8 “Cakap perlahan sedikit, dia tu ,
nanti diketahuinya rahsia ini,” bisik Sandra kepada Dewi.
A telinga nipis C lintah darat
B telinga lintah D pekak badak
9 Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
A panjang tangan C tangan terbuka
B ringan tangan D lepas tangan
10 Masyarakat memandang rendah akan penagih dadah. Mereka dianggap sebagai .
A kutu embun C buang diri
B bawa nasib D kucing kurap
11 Mereka apabila mendengar cerita Ani yang terjatuh ke dalam sungai sewaktu belajar menaiki basikal.
A geli hati C curi hati
B makan hati D iri hati
Soalan 12 berdasarkan Gambar 2
12 Dari Amin, saya tahu bahawa dia mempunyai masalah.
B air muka D alis mata
13 Ayah mahu mengusahakan tanah sawahnya yang telah lama terbiar.
A bulat suara C bulat mata
B bulat rasa D bulat kata
14 Lelaki yang telah ditangkap polis kerana dipercayai mendera anak dan isterinya.
A kaki rayau C kaki botol
B kaki joli D kaki makan
15 Ayah apabila mendapat tahu abang terlibat sama dalam kejadian pecah rumah itu.
A naik hairan C naik kasihan
B naik angin D naik hantu
Jawapan
1 A 2 A 3 C 4 A 5B
6 D 7 C 8 B 9 A 10 D
11 A 12 B 13 D 14 C 15 B
Saya dah buat latihan isi tempat kosong. Tak tahu betul atau salah sebab tak de jawapan. Soalan objektif ada jawapan.
ReplyDeleteHazeem boleh rujuk nota.Terima kasih. Semoga berjaya.
ReplyDeleteselamat menjawab ...ok
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi.... :-)
Delete