BIDALAN

Bidalan
1   Bidalan ialah peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang bernas.
2   Contoh bidalan:
Bidalan
Maksud
Ada udang di sebalik batu
Mempunyai maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Alah bisa tegal biasa
Jikalau sudah biasa, segala kesusahan tidak akan terasa lagi
Air dicincang tiada putus
Pertelingkahan antara adik-beradik tidak akan lama
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Orang yang bodoh jika belajar akan pandai juga
Belum duduk sudah berlunjur
Membuat sesuatu kerja sebelum tiba masanya
Biar lambat asal selamat
Membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan teliti dan cermat
Cencaru makan petang
Mendapat kemenangan pada saat-saat akhir
Gengam bara api biar sampai jadi arang
Melakukan sesuatu perkara yang susah mestilah bersabar
Hujan jatuh ke pasir
Perbuatan yang tidak bermakna
Indah khabar daripada rupa
Perkhabaran yang ditokok tambah daripada keadaan asalnya
Lempar batu sembunyi tangan
Pura-pura tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan
Marahkan nyamuk kelambu dibakar
Tindakan terburu-buru  yang hanya merugikan diri sendiri
Nasi sudah menjadi bubur
Penyesalan yang sudah tidak bermakna lagi
Sediakan payung sebelum hujan
Bersedia sebelum sesuatu perkara yang buruk berlaku
Sudah terhantuk baru terngadah
Sesudah mendapat kesusahan baru beringat-ingat
Tiada beban batu digalas
Sengaja mencari sesuatu yang menyusahkan diri sendiri


3    Ayat Contoh:
a)      Setelah tiga tahun tinggal di pedalaman, segala kesulitan tidak terasa lagi bak kata bidalan, alah bisa tegal biasa.
b)      Kawasan rekreasi itu tidak secantik seperti yang diceritakan oleh Hanim, sebaliknya hanya indah khabar daripada rupa.
c)      “Usahlah kamu menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur,” kata ayah kepada kakak.

No comments:

Post a Comment