Saturday, 17 November 2012
MAKSUD PERIBAHASA DAN CONTOH AYAT :
1. Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.
2. Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.
3. Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
4. Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
5. Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
8. Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
9. Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
10. Alah sabung, menang sorak
Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
Kamus Peribahasa - TAMBAHAN
TAMBAHAN
CUBA BINA AYAT DARIPADA PERIBAHASA BERIKUT:
SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 :
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Amin kepada pihak berkuasa.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini.
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
Sifat murah hati yang diamalkan oleh pelajar itu telah membolehkannya memperoleh gelaran pelajar cemerlang sahsiah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 :
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Amin kepada pihak berkuasa.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini.
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
Sifat murah hati yang diamalkan oleh pelajar itu telah membolehkannya memperoleh gelaran pelajar cemerlang sahsiah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Penduduk kampung terus menderita akibat sikap lintah darat yang diamalkan oleh peniaga-peniaga yang menjual barangan keperluan harian.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Maksud : Halangan
Pemuda itu telah menjadi batu penghalang kepada Samsuri untuk mengahwini Mazida kerana beliau juga ada hati kepada wanita itu.
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Kamus Peribahasa - M hinga Z
M
Maknanya
|
|
Mabuk
di enggang lalu.
|
Sangat
tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.
|
Mabuk
kerana beruk berayun.
|
Gilakan
wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak
berguna.
|
Macam
anak dara tak datang tunangnya.
|
Selalu
membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat.
|
Macam
betung seruas.
|
Terlalu
jujur; lurus hati.
|
Macam
daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.
|
Orang
bodoh yang banyak bualnya.
|
Macam kepiting jalan.
|
Orang
yang berjalan miring.
|
Macam
kera kelaparan.
|
Orang
tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.
|
Macam
kikir besi.
|
Orang
kaya yang bakhil.
|
Macam
memegang tali layang-layang.
|
Orang
yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak.
|
Macam
orang biduk.
|
Orang
yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.
|
Macam
terambil di nan kurang.
|
Berdukacita
tanpa sesuatu sebab. (di nan = pada yang.)
|
Perlawanan
yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).
|
|
Macam ular kekenyangan.
|
Orang
yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi.
|
Jika
asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. (rembes = meresap keluar.)
|
|
Mahal
dibeli sukar dicari.
|
Sesuatu
yang amat susah diperoleh.
|
Sungguhpun
orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat
mengelakkannya.
|
|
Mahal
tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.
|
Sesuatu
yang amat susah diperoleh.
|
Tiap-tiap
perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya.
|
|
Main
akal (= budi).
|
Mengenakan
tipu daya.
|
Main
badar, main gerundang.
|
Hendak
meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang
binasa.
|
Majlis
di tepi air, merdesa
di perut kenyang. (majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.)
|
Orang
yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya.
|
Makan
bersabitkan.
|
Mendapat
makan dan minum tanpa bekerja.
|
Makan bubur panas-panas.
|
Bertindak
dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.
|
Makan
di luar berak di dalam.
|
Mengkhianati
tempat mendapat perlindungan.
|
Makan
hati, berulam jantung.
|
Bersusah
hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
|
Makan
keringat orang.
|
Mengecap
kesenangan dengan jalan memeras orang lain.
|
Makan
masak mentah.
|
|
Makan nasi kawah.
|
Hidup
memburuh; dalam peliharaan orang tua.
|
Makan nasi suap-suapan,
tetapi menyambut puan kosong.
|
Kahwin
menurut adat
perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak
perawan lagi.
|
Makan
upas berulam racun.
|
Senantiasa
hidup dalam kesusahan. (upas = racun.)
|
Makanan
enggang hendak dimakan oleh pipit.
|
Hendak
menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.
|
Makin
banyak orang, makin banyak niat.
|
Tiap-tiap
orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin
banyak pula pendapat dan kemahuannya.
|
Makin
murah, makin menawar.
|
Makin
diberi, makin banyak lagi yang diminta.
|
Maksud
bagai maksud manau.
|
Maksud
yang melebihi kesanggupan.
|
Maksud
hati memeluk gunung,
apa daya tangan tak sampai.
|
Ingin
akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan
alat.
|
Malam
berselimut embun,
siang bertudung awan.
|
Sangat
melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.
|
Malang
celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.
|
Nasib
yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan
pula hilang. (tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.)
|
Orang
yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis
belaka.
|
|
Malang
tak berbau.
|
Kecelakaan
yang terjadi dengan tiba-tiba.
|
Malang
tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.
|
Nasib
buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari.
|
Malang
tiada datang tunggal.
|
Malang
yang bertimpa-timpa.
|
Malas
bergarit, perut perit.
|
Malas
berusaha tentulah kelaparan. (garit = gerak, perit = pedih.)
|
Malu
berani, mati takut.
|
Pengecut.
|
Malu
bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.
|
Kalau
segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.
|
Malu
makan, perut lapar.
|
Kalau
segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.
|
Tidak
patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi
penakut.
|
|
Mamah
dulu kemudian telan.
|
Sesuatu
pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.
|
Mana
ada buluh tidak
berbuku?
|
Tak ada
sesuatu yang sempurna benar.
|
Mana
busuk yang tidak berbau?
|
Tak ada
kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.
|
Mana kerbau yang
bencikan kubangnya?
|
Orang
yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria.
|
Mana sungai yang tiada
berhulu?
|
Mana
kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya?
|
Mana
tali berpunca tak berhujung?
|
Siapakah
yang tidak akan menghadapi mati?
|
Mandi
dalam cupak.
|
Sesuatu
keadaan yang menyebabkan serba salah.
|
Orang
lelaki yang suka kepada perempuan jahat.
|
|
Mandi
tak basah.
|
Orang
yang keras hati; terlalu rindu.
|
Pengetahuan
(kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.
|
|
Manikam sudah menjadi sekam.
|
Tidak
berguna lagi; tidak berharga lagi.
|
Persesuaian
dalam segenap hal-ehwal.
|
|
Manis
laksana gula Sarawak.
|
Persesuaian
dalam segenap hal-ehwal.
|
Manis
seperti (= laksana) gula derawa.
|
|
Manis udang, maka ketam
direbus tak merah?
|
Menipu
dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.
|
Manusia
punya asa, Tuhan punya kuasa.
|
Manusia
hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang
dikehendakinya.
|
Manusia
tahan kias, binatang tahan palu.
|
Mengajar
manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.
|
Manusia
tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya.
|
Orang
yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya
sajalah yang diperlukan.
|
Mara
hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah.
|
Tidak
bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.
|
Mara
jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak.
|
Bahaya
jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.
|
Takutkan
bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah
badan.
|
|
Marahkan
telaga yang
kering, timba dipecahkan.
|
Jikalau
seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain
pula.
|
Marahkan
tikus rengkiang
dibakar.
|
Takutkan
bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah
badan.
|
Masa
kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar.
|
|
Masak
di luar mentah di dalam.
|
Kelihatannya
baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat.
|
Masak durian, masak manggis.
|
Perbandingan
antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan
yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.
|
Masak
malam mentah pagi (= siang).
|
Perkara
yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.
|
Masam
bagai nikah tak suka.
|
Berdukacita.
(masam = merengus, bersut.)
|
Masih
berbau pupuk jerangau.
|
Belum
ada pengalaman.
|
Masin
lagilah garam
sendiri.
|
Sanak-saudara
atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.
|
Masuk
ambung tak masuk bilang.
|
Masuk
ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina
atau hodoh).
|
Masuk
bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh.
|
Besar
belanja daripada penghasilan.
|
Masuk
di dalam kawan gajah
berdering.
|
Menyesuaikan
diri dengan tempat dan keadaan. (berdering = bunyi genta.)
|
Masuk
geronggang bawa pelita.
|
Kalau
akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau
diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu
atau kayu, gua gelap.)
|
Menyesuaikan
diri dengan tempat dan keadaan.
|
|
Kalau
merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan
yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan
menunjuk-nunjukkan diri.
|
|
Masuk
ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang.
|
Jika
pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta,
ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.
|
Masuk
ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.
|
Nasihat
atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan.
|
Masuk
langau ke mulutnya.
|
Terhairan-hairan,
sehingga mulutnya ternganga-nganga.
|
Masuk
lima keluar sepuluh.
|
Besar
belanja daripada penghasilan.
|
Masuk
meliang penjahit, keluar meliang tabuh.
|
Besar
belanja daripada penghasilan.
|
Masuk
sarang harimau.
|
Termasuk
ke dalam bahaya besar.
|
Masuk
tak genap, keluar tak ganjil.
|
Orang
yang tidak berharga dalam masyarakat.
|
N
Maknanya
|
|
Nafsu tidak
bertepi.
|
Keinginan
hati manusia tidak ada batasnya.
|
Nafsu tidak
bertepi.
|
Keinginan
hati manusia tidak ada batasnya.
|
Menuruti
kehendak hati sendiri.
|
|
Naga
ditelan ular lidi.
|
Anak
orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan.
|
Naik
basuh kaki saja.
|
Mengerjakan
sesuatu pekerjaan dengan mudah.
|
Naik
dari janjang, turun dari tangga. (janjang = jenjang.)
|
Membuat
sesuatu pekerjaan menurut aturannya.
|
Naik di
janjang, turun di tangga.
|
Membuat
sesuatu pekerjaan menurut aturannya.
|
Naik ke
rumah bercuci
kaki saja.
|
Kahwin
dengan tidak kena belanja apa-apa.
|
Naik
melompat, turun terjun.
|
Hendak
memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.
|
Naik
membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi.
|
Hendak
memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.
|
Naik
seperti Kelip-kelip,
turun seperti ribut.
|
Hendak
memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.
|
Naik
tak bertangga, turun tak berpintu.
|
Melakukan
sesuatu perbuatan yang salah.
|
Naik
tangga dari bawah.
|
Menurut
derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim.
|
Nak
ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar.
|
Dalam
keadaan yang serba salah.
|
Nak
kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.
|
Jimat
dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.
|
Nak
menangguk ikan,
tertangguk ke batang.
|
Hendak
laba, langsung jadi rugi.
|
Nak
tahu jahat orang tanyakan kepada seterusnya, nak tahukan baik orang tanyakan
kepada sahabatnya.
|
Kejahatan
dapat diketahui daripada musuh, kebaikan dapat diketahui daripada sahabat.
|
Nampak
gabak di hulu.
|
Ada
tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal.
|
Nampak
kulitnya tahulah isinya.
|
Pada
rupa muka atau
gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya.
|
Nan
berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.
|
Sudah
terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.
|
Nan
berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk. (seluk = lilit,
belit; lambai = berayun-ayun turun naik.)
|
Kaum keluarga itu
sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada.
|
Nan
dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas. (kulangsing = sirih
pemanggil.)
|
|
Nan
dimaksud sampai, nan diamal pecah.
|
Sudah
tercapai apa-apa yang dicita-citakan. (amal = idaman, cita-cita.)
|
Nan
lurah (= rendah) juga diturut air.
|
Orang
yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya.
|
Tiap-tiap
orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. (penggera =
orang yang menyergah, menggertak.)
|
|
Putus
kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat
hidupnya.
|
|
Putus
kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat
hidupnya.
|
|
Belanja
yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.
|
|
Nasi habis budi
bersua.
|
Sahabat
yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan
sahabat setelah dalam kesusahan.
|
Hukuman
yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi.
|
|
Nasi sama ditanak,
kerak dimakan seorang.
|
Kerja
sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri.
|
Pekerjaan
yang tidak sempurna.
|
|
Sudah
terlanjur, tak dapat diubah lagi.
|
|
Nasi tak dingin,
pinggan tak retak.
|
Cermat
melakukan sesuatu pekerjaan.
|
Nasi tersaji di
lutut.
|
Keuntungan
yang diperoleh dengan mudah.
|
Nasi tersenduk tidak
termakan.
|
Tidak
dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.
|
Nasib penyapu, banyak
jasa turun darjat.
|
Terlalu
banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.
|
Negeri
besar, rumah
besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.
|
Orang
kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah
ia akan jadi miskin.
|
Hukuman
yang seadil-adilnya.
|
|
Pendirian
orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah.
|
|
Neraca palingan
bungkal, hati palingan Tuhan.
|
Pendirian
orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah.
|
Neraca yang
palingan, bungkal yang piawai.
|
Hakim
yang sangat adil. (piawai = pandai, cakap.)
|
Berhajat
kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.
|
|
Mahu
mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.
|
|
Lain
yang dihajati, lain yang diperoleh.
|
|
Lain
yang dihajati, lain yang diperoleh.
|
|
Niat
hati nak peluk gunung,
apakan daya tangan tak sampai.
|
Ingin
akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan
alat.
|
Nibung bangsai bertaruk muda. (bangsai =
rapuh dan buruk.)
|
Orang
tua yang berlagak muda.
|
Nikah
tanpa belanja.
|
|
Mendapat
celaka kerana kesalahan orang lain. (pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.)
|
|
Menaruh
dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah
dihukum.
|
|
Nyawa
bergantung di hujung kuku
(= rambut).
|
Dalam
keadaan yang sangat berbahaya.
|
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.
|
Walaupun
anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.
|
O
Maknanya
|
|
Orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
|
Setiap
bantuan orang hendaklah kita kenangi
|
P, Q
Berikut
ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "P dan Q".
Maknanya
|
|
Orang
yang miskin atau hina berlagak menjadi orang kaya.
|
|
Pahit di luar manis di dalam.
|
Perkataan
yang kasar dan keras tetapi maksudnya baik dan menguntungkan.
|
Patah
tumbuh hilang berganti
|
Pemimpin yang
berundur sudah ada penggantinya.
|
Payah-payah
dilambung ombak akhirnya sampai ke tepi
|
Matlamat
atau cita-cita yang diidamkan akhirnya menjelma dengan rintangan dan dugaan dapat
ditempuhi dengan bersusah payah.
|
Pipih
boleh dilayang, bulat boleh diguling.
|
Perkara
yang sudah mendapat kata sepakat.
|
Pelanduk dua
serupa.
|
Dua
orang yang seakan-akan rupanya.
|
Terlupa
akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.
|
|
Pinang pulang
ketampuk.
|
Sudah
secocok atau bersesuaian.
|
Pengelasan
orang mengikut pangkat dan darjat.
|
|
Pipit
pekak makan berhujan.
|
Orang
yang sangat rajin dan tekun melakukan sesuatu perkerjaan.
|
Pipit
meminang anak enggang.
|
Orang
yang miskin ingin beristerikan orang kaya.
|
R
Maknanya
|
|
Rebung tidak jauh dari rumpun.
|
Perangai
anaknya tidak jauh dari perangai bapanya.
|
Orang
yang bersangkutan berdiam diri orang lain yang campur tangan.
|
|
Retak
halus yang hanya di luar sahaja.
|
|
Retak
menanti belah.
|
Perkara
kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.
|
Retak kayu boleh disimpan,
retak pinggan susah hilangnya.
|
Perselisihan
kecil boleh didamaikan tetapi perselisihan besar sukar dilupakan.
|
Rezeki harimau.
|
Makanan
yang banyak dan berjenis-jenis.
|
Rezeki
jangan ditolak, musuh jangan dicari.
|
Jika
beroleh sebarang keuntungan jangan dibuang dan jangan mencari lawan.
|
Rezeki mata.
|
Sesuatu
perkara yang sedap dipandang.
|
Ringan
sama dijinjing, berat sama dipikul.
|
Bersama-sama
dalam suka dan duka. (Bergotong-royong dalam mengerjakan sesuatu perkara.)
|
Siapa
yang rajin bekerja dia akan mendapat rezeki yang lebih.
|
|
Rumah buruk disapu
cat.
|
Orang
tua yang suka bersolek.
|
Rumah
gendang bersendi perak.
|
Orang bangsawan
dan kaya pula.
|
S
Maknanya
|
|
Salai
tidak berapi.
|
|
Sauk air mandikan diri.
|
Orang
yang hidup di atas usaha sendiri.
|
Sayang buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang.
|
Sesuatu
keadaan yang dalam serba salah.
|
Sebab mutiara sebiji,
lautan dalam diselam orang.
|
Orang
yang berilmu itu biar di mana pun ia tinggal tetap dicari orang.
|
Kecelakaan
yang timbul akibat terlepas cakap.
|
|
Sebab
nila setitik rosak susu
sebelanga.
|
Kerana
kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
|
Sebelum
ajal berpantang
maut.
|
Tidak
akan mati sebelum tiba ajalnya.
|
Seberapa
panjang sarungnya begitulah panjang matanya.
|
Perangai
yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang.
|
Sesuatu
yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.
|
|
Seludang menolak mayang.
|
Telah
kelihatan isi hatinya.
|
Senjata makan
tuan.
|
Sesuatu
yang dipergunakan untuk alasannya tetapi mengena dirinya sendiri.
|
Sepandai-pandai
tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah jua.
|
Seseorang
yang hebat dalam sesuatu perkara tetap ada kelemahannya.
|
Seperti
anai-anai
makan kayu.
|
Mengerjakan
sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali.
|
Seperti
anjing bertemu pasir.
|
Orang
yang telah menjumpai barang kesukaanya.
|
Seperti
api dengan asap.
|
Pertalian
yang tidak dapat diputuskan.
|
Seperti
api di dalam sekam.
|
Perasaan
dendam yang tersembunyi.
|
Seperti
bangsi buluh perindu.
|
Suara
yang merdu dan lemah lembut.
|
Seperti
benang putih.
|
Orang
yang menurut tanpa membantah.
|
Seperti
emas baru disepuh.
|
Kecantikan
rupa paras seorang wanita.
|
Seperti
ikan kena tuba.
|
Orang
yang tidak berdaya lagi.
|
Seperti
kucing dapat tikus.
|
Orang
yang tidak tahu duduk diam.
|
Seperti
tikus jatuh ke beras.
|
Orang
yang terlalu gembira.
|
Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
|
Hendaklah
berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.
|
Siapa
yang makan nangka dia yang terkena getahnya.
|
Siapa
yang bersalah orang itu yang harus dihukum.
|
Sirih pulang ke
gagang.
|
Kembali
ke tempat asalnya.
|
Orang
yang berpura-pura tidak tahu.
|
|
Sukakan
gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.
|
Sukakan
sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.
|
Sungguhpun
lemak santan
akhirnya basi jua.
|
Orang
muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.
|
T
- "Tiada rotan akar pun berguna" — Kalau tiada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan.
U
1.
Ubur-ubur airnya hitam. Maknanya: Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan
perkataannya.
2. Ucap
habis niat sampai. Maknanya: Hasil yang diperoleh dengan segera.
3.Udang
hendak mengatai ikan. Maknanya: Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.
4. Udang
merentak dalam tangguk. Maknanya: Tidak tenteram (gelisah, susah dan
sebagainya).
5. Udang
tak tahu di bongkoknya. Maknanya: Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.
6.
Ugut-ugut beruk saja. Maknanya: Menunjukkan berani pada orang yang takut
padanya.
7.
Uir-uir minta getah. (uir-uir - sebangsa belalang atau jengkerik yang biasa
berbunyi di dalam rimba) Maknanya: Berbuat sesuatu yang membahayakan diri
sendiri; perempuan yang memikat hati lelaki.
8. Ujung
(hujung) lurus, pangkal berkait. Maknanya: Kelihatannya baik, tetapi di dalam
hatinya jahat.
9. Ukur
baju di badan sendiri. Maknanya: Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan
kejahatan orang lain.
10. Ukur
mata dengan telinga. Maknanya: Menurut penglihatan dan pendengaran.
11. Ulam
mencari sambal. Maknanya: Perempuan yang mencari lelaki.
12. Ular
bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya. Maknanya: Orang yang jahat,
jika bergaul dengan orang yang baik-baik tiada akan berubah tabiatnya.
13. Ular
berkepala dua. Maknanya: Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang
munafik.
14. Ular
berlingkar di gulungan tikar. Maknanya: Orang jahat yang menyamarkan diri dalam
kumpulan orang baik-baik.
15. Ular
biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. Maknanya: Menyelesaikan
sesuatu perkara (menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga
kedua-dua belah pihak merasa puas hati.
16. Ular
bukan, ikan pun bukan. Maknanya: Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya.
17. Ular
menyusur akar. Maknanya: Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh
martabatnya.
18. Ular
telan babi, cacing yang bengkak perut. Maknanya: Iri hati melihat keberuntungan
orang lain.
19. Ulat
dalam batu pun hidup juga. Maknanya: Orang yang rajin berusaha tidak akan mati
kelaparan.
20. Ulat
lupakan daun. Maknanya: Lupa akan budi baik orang.
21.
Umpama anjing makan muntahnya. Maknanya: Orang yang tamak dan gelojoh tidak
memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.
22. Umpama
ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. Maknanya: Perangai atau
kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya.
23.
Umpama Belanda kesiangan. Maknanya: Orang yang bertingkah laku seperti orang
putih.
24.
Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan
pencungkil gigi atau pencungkil telinga.(selat - sisip, selit) Seseorang itu
betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya.
25.
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang. Maknanya: Sesuatu yang
amat disayangi tetapi merosakkan.
26.
Untung bagai untung kapas. Maknanya: Orang yang banyak penanggungannya.
27.
Untung melambung, malang menimpa. Maknanya: Mendapat kemalangan silih berganti.
28.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Maknanya: Untung-untungan dalam
melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang
dapat menghindari nasibnya.
29.
Untung sebagai roda pedati. Maknanya: Nasib manusia berputar-putar turun dan
naik.
30. Untut
bertambah kulitnya. Maknanya: Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan
baru).
31. Upah
bidan pun tak terbayar. Maknanya: Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.
32. Upah
lalu, bandar tak masuk. Maknanya: Tidak mendatangkan hasil sedikit juga,
melainkan kerugian semata-mata.
33. Upas
berulam racun. Maknanya: Perbuatan jahat yang tindih bertindih.
34.
Usahlah teman dimandikan pagi. Maknanya: Usahlah dipermain-mainkan dengan
sanjungan yang berlebih-lebihan.
35. Usang
dibarui, lapuk dikajangi. Maknanya: Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai
orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.
36.
Usul-usul; asal-asal; asal jangan ditinggalkan. Maknanya: Mengerjakan sesuatu
hendaklah dengan hati-hati.
37. Usul
menunjukkan asal. Maknanya: Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal
keturunannya.
38. Utang
(hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula. Maknanya:
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
39. Utang
(hutang) emas dapat (boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati. Budi baik
orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar
dengan wang.
40. Utang
(hutang) (pinjam) kayu ara. Maknanya: Hutang yang tak mungkin terbayar.
41. Utang
(hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula. Maknanya: Hutang yang
dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
42. Utang
(hutang) sebelit (selilit) pinggang. Maknanya: Sangat banyak hutangnya.
43. Utang
(hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula. Maknanya:
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
44. Utang
(hutang) tiap helai bulu. Maknanya: Sangat banyak hutangnya.
Peribahasa bermula dengan huruf "V" hingga Y"
Yang Bermula Dengan Huruf "W"
1. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga. Maksudnya:
Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang
kurang baik.
2. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam
pukat juga. Maksudnya: Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
3. Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan. Maksudnya: Sesuatu
pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan
berhasil dengan baik.
4. Wau melawan angin. Perbuatan yang sia-sia.
5. Wayang kepadaman damar. Maksudnya: Keadaan kacau yang terjadi dengan
tiba-tiba.
6. Walau bagaimana minyak dicampur dengan air, minyak juga yang timbul.
Maksudnya: Golongan bangsawan tetap diberi layanan istimewa.
7. Walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan juga, termasuk dalam pukat
juga. Maksudnya: Orang yang pandai pun ada masanya akan terkena.
8. Warta dibawa pikat dan langau. Maksudnya: Khabar angin.
9. Wau putus teraju. Maksudnya: Seseorang yang sudah putus harapan,
hanya berharap pada nasib.
Y
1. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan. Maksudnya: Mudah berjanji,
tetapi sukar menepatinya.
2. Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang. Maksudnya:
Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.
3. Yang berpayung yang ditembak. (ditembak - dituju) Maksudnya: Orang
yang berkuasalah tempat orang mengharapkan pertolongan.
4. Yang bertakuk yang ditebang, yang bergaris yang dipahat. Maksudnya:
Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.
5. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher.
Maksudnya: Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar
hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan
diri.
6. Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.
Maksudnya: Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.
7. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. Maksudnya:
Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.
8. Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung. Yang bersalah juga yang
akan menanggung dosanya (menerima hukumannya).
9. Yang buntal kutil mengutil, yang jerung luluh meluluh. Maksudnya:
Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja.
10. Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. Maksudnya: Yang
dikehendaki tiada tercapai sedang alat (syarat) yang digunakan untuk mencapai
maksudnya itu pun hilang juga.
11. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Maksudnya:
Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.
12. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi.
Maksudnya: Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada
rupa, pendengaran dan perasaan.
13.Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia. Maksudnya: Orang
lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya.
14. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam. Maksudnya:
Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.
15. Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan. Maksudnya: Orang yang
rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.
16. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga.
Maksudnya: Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat
ataupun kedudukan) dengannya.
17. Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal. Maksudnya: Yang
tak berguna biarlah hilang, dan yang baik-baik biarlah tinggal.
18. Yang hidup sesarkan mati. Maksudnya: Tiap-tiap suatu itu ada
batasnya dan ada pula penggantinya.
19. Yang lahir memperlihatkan yang batin. Maksudnya: Perbuatan atau
kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi.
20. Yang memberi tangan di atas, yang menerima ( meminta) tangan di
bawah. Maksudnya: Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada
orang yang menerima.
21. Yang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut.
Maksudnya: Orang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat.
22. Yang mencencang memampas. Maksudnya: Yang berbuat salah harus
menerima hukuman.
23. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik
budi. Maksudnya: Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk,
maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.
24. Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. Maksudnya: Orang
kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga
dengan melarat dan sebagainya.
25. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang. Maksudnya: Setiap
orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun
kedudukan) denga
26. Yang rebah ditindih. Maksudnya: Yang sudah miskin bertambah miskin.
27. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat.
Maksudnya: Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan.
28. Yang secupak (sesukat) takkan jadi segantang. Maksudnya: Sesuatu
yang tidak dapat diubah lagi.
29. Yang sehasta takkan jadi sedepa. Maksudnya:Sesuatu yang tidak dapat
diubah lagi.
30. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa. Maksudnya: Sesuatu yang
tidak dapat diubah lagi.
31. Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang. Maksudnya:
Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.
32. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar. Maksudnya: Dengan perkataan yang
lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.
33. Yang tegak disokong, yang lemah ditopang. Maksudnya: Orang kaya
dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.
34. Yang teguh disokong, yang rebah ( rendah) ditindih. Maksudnya:
Maksudnya: Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan
orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas.
35. Yang terbujur lalu, yang terlintang patah. Maksudnya: Sesuatu yang
tak dapat dihalang-halangi.
36. Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua. Maksudnya: Dalam
sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan
dipuji atau dicela.
37. Yang untut lain, yang mengensot lain. Maksudnya: Yang salah lain,
yang kena hukum lain.
Z
1. Zaman beralih, musim bertukar. Maksudnya: Segala sesuatu (peraturan,
hukuman dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.2. Zaman Tuk Nadur berkajang kain. Maksudnya: Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.
3. Zaman puntung berasap. Maksudnya: Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali lagi
4. Zikir-zikir saja jatuhkah rezeki jatuh dari langit? Maksudnya: Rezeki tidak datang dengan hanya berdoa.
Subscribe to:
Posts (Atom)