A
Peribahasa
|
Maknanya
|
Ada
air, adalah ikan.
|
Ada
negeri tentulah ada rakyatnya.
|
Ada aku
dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
|
Kasih
sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
|
Ada angin, ada pokoknya
(= pohonnya).
|
Segala
sesuatu mestilah ada asal mulanya.
|
Ada
bangkai, adalah hering.
|
Ada
perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.
|
Ada
batang mati, adalah cendawan tumbuh.
|
Di mana
juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.
|
Ada
batang, cendawan
tumbuh.
|
Tiap-tiap
negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.
|
Rahsia
hendaklah disimpan baik-baik.
|
|
Ada biduk, serempu pula.
|
Tidak
puas dengan apa yang sudah dimiliki.
|
Ada
baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
|
|
Di
tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
|
|
Ada
hari, ada nasi.
|
Asal
masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
|
Ada hujan ada panas,
ada hari boleh balas.
|
Perbuatan
jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
|
Ada
jarum hendaklah ada benangnya.
|
Tiap-tiap
suatu itu ada pasangannya.
|
Ada
kerak, ada nasi.
|
Tiap-tiap
suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.
|
Ada
laut, ada perampok.
|
Tiap-tiap
suatu itu ada pasangannya.
|
Ada nasi di balik kerak.
|
Masih ada
sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.
|
Ada
nyawa ada rezeki.
|
Asal
masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
|
Ada
padang, ada belalang
|
Ada
negeri tentulah ada rakyatnya.
|
Ada padi masak, adalah
pipit.
|
Di
tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
|
Orang
yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
|
|
Ada padi, segala menjadi.
|
Orang
yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
|
Ada
pasang surutnya.
|
Untung
dan malang tidak tetap.
|
Ada
persembahan ada kurnia.
|
Berbuat
baik dibalas baik.
|
Ada rotan , ada duri.
|
Dalam
kesenangan tentu ada kesusahannya.
|
Ada
rupa, ada harga.
|
Harga
barang menurut rupanya (= keadaannya).
|
Ada sampan hendak berenang.
|
Sengaja
bersusah payah.
|
Ada
seperti tampaknya apung-apung.
|
Barang
yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.
|
Ada sirih hendak makan
sepah.
|
Ada
yang baik, hendakkan yang buruk.
|
Ada
tangga hendak memanjat tiang.
|
Berbuat
sesuatu dengan tidak menurut aturan.
|
Ada ubi
ada batas, ada masa boleh balas.
|
Perbuatan
jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
|
Ada ubi ada talas, ada budi
ada balas.
|
Berbuat
baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat.
|
Tiap-tiap
usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.
|
|
Adat
pulau limburan pasang. .
|
Adat
hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu
membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.
|
Adat
sepanjang jalan, cupak sepanjang betung . .
|
Segala
perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = Sejenis
buluh besar.
|
Orang
yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang
mengadukan halnya.
|
|
Adat
tua menahan ragam. .
|
Orang
tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak
menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas
kebenaran.
|
Adat
yang kawi, syarak yang lazim.
(kawi = kuat, sakti.). |
Adat
kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan
hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring.
|
Adat
yang menurun, syarak yang mendaki. .
|
Adat
dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi
segala gerakan yang menentangnya.
|
Agak
lebih daripada agih. .
|
Banyak
bicara, sedikit kerja.
|
Agak-agak
bertutur malam hari. .
|
Mesti
selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.
|
Terlampau
murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri.
|
|
Agung
susut, pongah masih.
(agung = besar; pongah = angkuh.) . |
Kebesaran
sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga.
|
Air
beriak tanda tak dalam. .
|
Banyak
bercakap tanda tiada berilmu.
|
Air
besar sampan tak hanyut. .
|
Maksud
tidak tercapai.
|
Air
besar, batu bersibak.
(sibak = cerai, menepi.) . |
Saudara
dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar.
|
Air
cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan.
pelimbahan = tempat air yang kotor.. |
Sesuatu
itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
|
Air
dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan , gula tertumpah pada kanji.
(menonggok = melonggok, menimbun.) |
Usaha
yang berhasil baik.
|
Air
dalam terenang. (terenang = tempat air daripada tanah liat.)
|
Hidup
yang tenang dan tenteram.
|
Sesuaikanlah
perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita.
|
|
Air di
daun keladi (= talas). .
|
Memberi
nasihat dan ajaran yang sia-sia.
|
Air di
tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. .
|
Sesuatu
itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
|
Air
dicencang tiada putus. .
|
Dua
orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
|
Air
didih menganak sungai
. .
|
Hiburan
yang sangat mewah.
|
Air
digenggam tiada tiris. .
|
Sangat
berhati-hati mengeluarkan wang.
|
Air
diminum sembiluan. .
|
Sangat
sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti
dihiris dengan sembilu.
|
Sangat
sedih, sehingga tidak enak makan dan minum.
|
|
Air
ditetak tiadakan putus. .
|
Dua
orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
|
Air
gedang menghanyutkan. (gedang = besar)
|
Orang
yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang
besar-besar.
|
Air
jernih, ikannya
jinak. .
|
Negeri
yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.
|
Air
keruh, limbat
keluar. .
|
Negeri
yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan.
|
Air
lalu kubangan tohor.
(tohor = dangkal, kering.) . |
Penghasilan
tidak cukup; habis bulan
habis gaji.
|
Air
laut hijau siapa celup? .
|
Kemegahan
dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.
|
Air
mata jatuh ke dalam. .
|
Berdukacita
dengan diam-diam.
|
Air
mata jatuh ke perut. .
|
Berdukacita
dengan diam-diam.
|
Orang
pemboros berbelanja tanpa perhitungan. .
|
|
Air
orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. .
|
Hendaklah
patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami.
|
Air pun
ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. .
|
Nasib
manusia tidak dapat ditentukan.
|
Air
sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. .
|
Jangan
ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik
kembali, kita akan tersisih ke tepi.
|
Air
setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. .
|
Membesar-besarkan
perkara yang kecil.
|
Air
surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. .
|
Di
dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha
itu berhasil, ditinggalkan.
|
Kebaikan
dibalas dengan kejahatan.
|
|
Air
tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya..
|
Pertolongan
yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.
|
Air
tenang menghanyutkan. .
|
Orang
yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang
besar-besar.
|
Kejahatan
dibalas dengan kebaikan.
|
|
Air
yang jernih, sayak yang landai. (sayak = tempurung kelapa .)
|
Segala
sesuatu berlaku dengan adil dan benar.
|
Daripada
perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati.
|
|
Air
yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya . .
|
Orang
yang diam jangan disangka pengecut.
|
Akal
akar berpulas tak patah. .
|
Orang
yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.
|
Orang
jahat yang suka menipu orang.
|
|
Akal
sebagai makan nasi
lecek. .
|
Fikiran
seperti anak-anak.
|
Akal
tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. .
|
Segala
sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.
|
Akan
dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang ,
berlebih. .
|
Ilmu
pengetahuan yang serba tanggung.
|
Akan
memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. .
|
Tiada
berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak
berwang.
|
Akan
mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati. .
|
Dalam
keadaan yang serba salah.
|
Akan
pembasuh kaki (= tangan). .
|
Hadiah
kepada orang yang berjasa.
|
Akan
surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. .
|
Dalam
keadaan yang serba salah.
|
Akar
terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat
tupai menegun.
(jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.) . |
Daripada
keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang.
|
Sesuatu
yang menghina.
|
|
Aku
alah engkaulah menang. .
|
Tidak
mahu mengaku kalah.
|
Aku
alah, engkau tak menang. .
|
Orang
bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya.
|
Aku
nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.
(olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.) . |
Kerana
tingkah laku, maksudnya ketahuan.
|
Alah
bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. .
|
Apabila
telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman
praktis lebih baik daripada teori.
|
Alah di
rumpun betung
.
|
Kekalahan
yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.
|
Orang
yang lama dialahkan oleh orang yang baru.
|
|
Alah
mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. .
|
Tidak
menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. (merih =
pembuluh nafas.)
|
Alah
membeli, menang memakai. .
|
Barang
yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.
|
Alah
menang tak tahu, bersorak boleh. .
|
Tidak
berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.
|
Alah
pinta dibuat sempena. .
|
Biar
bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh.
|
Alah
sabung, menang sorak. .
|
Biarpun
kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.
|
Alang
berjawab, tepuk berbalas.
(alang = pemberian, hadiah.) . |
Baik
dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
|
Alang
dijawat, tepuk dibalas.
(alang = pemberian, hadiah.) .. |
Baik
dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
|
Berbuat
sesuatu jangan kepalang tanggung.
|
|
Alang-alang
berminyak, biar licin. .
|
Berbuat
sesuatu jangan kepalang tanggung.
|
Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. .
|
Kalau
sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
|
Alangkan
baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. .
|
Orang
beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya.
|
Alim
bagai katak di tepi air. .
|
Orangnya
alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya
itu.
|
Alim
biasa menghukum syarak . .
|
Hanya
orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak .
|
Alpa
negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. .
|
Alpa
dan lalai mengakibatkan bencana.
|
Alu
pencungkil duri. .
|
Tak
mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia.
|
Alur
bertempuh, jalan berturut. .
|
Dilakukan
menurut adat yang biasa.
|
Amak
berlela, amak berupa. .
|
Banyak
tabiat, banyak olehnya. (amak = terlalu banyak.)
|
Ambil
pati, buangkan ampas. .
|
Yang
baik dipakai, yang tak baik dibuang.
|
Sesuatu
yang baik disangka buruk, hanya kerana melihat rupanya sama dengan yang
buruk.
|
|
Anak anjing takkan
menjadi anak musang jebat. .
|
Orang
yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik.
|
Anak ayam kebasahan bulu.
.
|
Gelisah
resah; menjijikkan.
|
Anak badak
dihambat-hambat. .
|
Sengaja
mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya).
|
Anak
baik, menantu molek. .
|
Sangat
berbahagia.
|
Urusan
sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
|
Anak
dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusu kan. .
|
Urusan
sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
Anak harimau diajar
makan daging. .
|
Orang
yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.
|
Anak harimau jangan
diajak bertampar, ingat-ingat kukunya. .
|
Jangan
mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat
senjatanya.
|
Anak harimau jangan
dibela pelihara. .
|
Jangan
berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat.
|
Orang
yang berani takkan penakut.
|
|
Jikalau
tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya.
|
|
Anak
kambing takkan menjadi anak harimau. .
|
Orang
yang pengecut tetap pengecut.
|
Anak
kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. .
|
Kaum
keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih
diutamakan daripada orang dagang.
|
Urusan
sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
|
Anak kera hendak diajar
memanjat. .
|
Hendak
mengajar orang yang sudah ahli.
|
Orang
miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam
pemerintahan.
|
|
Anak kuda bulu kasap. .
|
Anak
muda yang riang gembira. bulu
|
Anak
kunci jahat, peti derhaka. .
|
Suami
yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya.
|
Urusan
sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
|
Anak
orang, anak orang juga. .
|
Kalau
bukan hak kita tidaklah ada gunanya.
|
Anak
sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. .
|
Kaum
keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih
diutamakan daripada orang dagang.
|
Anak
seorang, menantu malim.
(malim = ahli agama.) . |
Sangat
berbahagia.
|
Anak
seorang, penaka tidak.
(penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.). |
Mempunyai
barang hanya sebuah saja.
|
Anak sungai lagi
berubah, inikan pula hati orang. .
|
Pendirian
yang tidak tetap.
|
Angan
lalu, faham tertumbuk. .
|
Sesuatu
hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.
|
Angan-angan
menerawang langit.
|
Selalu
mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.
|
Angan-angan
mengikat tubuh.
|
Besusah
hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.
|
Angguk
enggan, geleng ia.
|
Lain di
mulut, lain di hati.
|
Angguk
enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan.
|
Lain di
mulut, lain di hati.
|
Anggup-anggip
bagai rumput di tengah jalan.
(anggup-anggip = terkulai-kulai.) |
Hidup
yang serba susah.
|
Angin berputar,
ombak bersabung.
|
Perkara
yang amat sulit.
|
Angin bersiru, kami
tahu.
|
Sudah
tahu akan niat seseorang. (bersiru = beralih tujuan.)
|
Angin bersiru,
ombak bersabung.
|
Perkara
yang amat sulit.
|
Angin tak dapat
ditangkap, asap tak dapat digenggam.
|
Berita-berita
yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.
|
Angkat
batang keluar cacing gelang-gelang.
|
Berpenat-penat
mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah
pun tidak diperoleh daripadanya.
|
Angkuh
terbawa, tampan tertinggal.
|
Baik
rupanya, tetapi buruk sikapnya.
|
Angus
(hangus) tiada berapi, karam tiada berair.
|
Menderita
kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih.
|
Anjing bercawat
ekor.
|
Pergi
atau menghindar kerana malu dan sebagainya.
|
Anjing biasa
makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.
|
Orang
yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
|
Anjing dengan
tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.
|
Orang
yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
|
Sia-sia
memberi basihat yang baik kepada orang jahat.
|
|
Anjing ditepuk
menjungkit ekor.
|
Orang
hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.
|
Anjing galak,
babi berani.
|
Bertemu
lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras.
|
Anjing itu, kalau
dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang.
|
Orang
yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu.
|
Anjing itu,
meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke
tempat najis.
|
Orang
jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan
diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
Anjing kepada
orang, raja kepada kita.
|
Buruk
baik anak sendiri juga.
|
Anjing menyalak
bukit, takkan runtuh.
|
Orang
baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
|
Anjing menyalak
di ekor (= dipanjat) gajah.
|
Orang
lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah
perbuatannya itu sia-sia saja.
|
Anjing
terpanggang ekor.
|
Mendapat
kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke
sana ke mari.
|
Anjing tiada
bercawat ekor.
|
Sesuatu
yang hina dan tiada berguna.
|
Anjur
surut bak bertanam.
|
Tipu
muslimat dalam melakukan pekerjaan.
|
Setiap
orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun
kedudukan) dengannya.
|
|
Antan
patah, lesung
hilang.
|
Kemalangan
yang bertimpa-timpa.
|
Antara
dua tengah tiga.
|
Sakit
hampir mati.
|
Apa
boleh buat, nasi
sedap menjadi tawar.
|
Susah
hati dapat mengubah perangai seseorang.
|
Apa
boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat.
|
Sudah
terlanjur, tak dapat diubah lagi.
|
Apa
digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.
|
Tidak
takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan.
|
Apa
guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami.
|
|
Apa
gunanya bulan
terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.
|
Tidak
berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat
menghargainya.
|
Apa
gunanya merak
mengigal di hutan.
(mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.) |
Tidak
berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat
menghargainya.
|
Apa
kepada kukur, nyiur juga yang binasa.
|
Memang
mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
|
Apa
kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.
|
Cukup
mempunyai segala yang diperlukan.
|
Apa
payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.
(menawakkan = menggerakkan.) |
Mudah
menyebut, tetapi susah mengerjakannya.
|
Apa
payahnya menggoyangkan lidah saja.
|
Banyak
janji tetapi tidak ditepati.
|
Apa
peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis.
|
Memang
mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang
mengerjakannya.
|
Apa
sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.
|
Alasan
yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.
|
Apa
tampangnya, itulah tumbuhnya.
(tampang = benih.) |
Hasil
sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan.
|
Apabila
orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya
menghendaki anak, dia mendapat wang.
|
Hasil
yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.
|
Apabila
tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya.
(tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa .) |
Ganti
yang hilang mestilah yang sama pula.
|
Kepandaian
hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang
begitu saja.
|
|
Apakah
gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya.
|
Perkara
yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi.
|
Orang
yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.
|
|
Orang
yang bertemu dengan barang kesukaannya.
|
|
Api
dengan air, alangkah bezanya.
|
Jahat
dengan baik amat jauh bezanya.
|
Api
itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.
|
Kejahatan
yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.
|
Api
kecil baik dipadam.
|
Basmilah
kejahatan itu semasa ia kecil lagi.
|
Perbuatan
jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
|
|
Api nan
tak kunjung padam.
|
Semangat
yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.
|
Api
padam puntung berasap.
(puntung = sisa kayu api yang dibakar.) |
Perkara
yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali.
|
Api
padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.
|
Cerita
yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.
|
Apung
di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi.
|
Orang
dagang yang melarat hidupnya.
|
Ara tak bergetah.
|
Suatu
perkara yang mustahil.
|
Arang di dahi (= di
kening, di muka).
|
Mendapat
malu.
|
Arang habis besi
binasa.
|
Pekerjaan
yang sia-sia.
|
Arang habis binasa,
tukang hembus penat saja.
|
Pekerjaan
yang sia-sia.
|
Arang itu, jika
dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih.
|
Orang
jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan
diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
Asal
ada kecil pun pada.
|
Kalau
tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.
|
Tabiat
orang tak mungkin berubah.
|
|
Asal ayam pulang ke
lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan.
|
Tabiat
orang tak mungkin berubah.
|
Asal
berinsang ikanlah.
|
Tidak
memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).
|
Asal
berisi tembolok senang hati.
|
Sudah
cukup makan dan pakai maka senanglah hati.
|
Asal
besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk.
|
Darjat
seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung
keris.
|
Asal
ditugal, adalah benih.
(tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.) |
Sesuatu
usaha tentu ada hasilnya.
|
Asal
sabut terapung, asal besi tenggelam.
|
Untung-untungan;
kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.
|
Asal
selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya .
|
Sangat
perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.
|
Asal
terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.
|
Tidak
memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).
|
Asam di
darat ikan di
laut, bertemu dalam belanga juga.
|
Perempuan
dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
|
Asyik
memangku tangan, mati dalam angan-angan.
|
Tak
akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha.
|
Atap
rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan.
|
Barang
yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk.
|
Aur
ditanam betung
tumbuh.
|
Mendapat
laba banyak dengan modal yang sedikit.
|
Aus
telunjuk mencolek garam
.
|
Hidup
dalam kemiskinan.
|
Awak
alah gelanggang usai. (usai = lengang.)
|
Ditimpa
kemalangan yang tak dapat diatasi lagi.
|
Awak
hendak hilir, ia telah hanyut.
|
Cita-cita
yang telah didahului oleh orang lain.
|
Awak
kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.
|
Mengangan-angankan
sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.
|
Awak
kurus daging menimbun.
|
Orang
kaya yang berpura-pura miskin.
|
Awak
menangis diberi pisang.
|
Bujukan
(pujukan) yang tepat.
|
Awak
rendah sangkutan tinggi.
|
Besar
belanja daripada pendapatan.
|
Awak
sakit daging menimbun.
|
Orang
kaya yang berpura-pura miskin.
|
Awak
tikus, hendak menampar kepala kucing .
|
Melakukan
sesuatu yang mustahil.
|
Awak
yang celaka, orang yang diumpat.
|
Dirinya
sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan
sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.
|
Awak
yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya.
(ruyung = batang pohon enau.) |
Orang
lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya.
|
Awal
dibuat, akhir diingat.
|
Sebelum
membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat
pekerjaan itu.
|
Awal
dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak.
|
Orang
yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat)
tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.
|
Ayam baru belajar
berkokok.
|
Baru
cukup umur.
|
Tiap-tiap
yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.
|
|
Ayam berlaga
sekandang.
|
Berkelahi
dengan orang serumah.
|
Bagaimana
senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri.
|
|
Sangat
menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
|
|
Hidup
senang dan mewah.
|
|
Ayam dapat, musang
dapat.
|
Pencuri
tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.
|
Malang
sekali; nasib yang buruk.
|
|
Ayam hitam terbang malam
bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.
|
Kejahatan
(perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui.
|
Ayam itik, raja pada
tempatnya.
|
Tiap-tiap
orang ahli dalam urusannya masing-masing.
|
Ayam menang, kampuh
(= kampung) tergadai.
(kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.) |
Keberuntungan
yang tidak ada faedahnya.
|
Ayam pulang ke
pautan.
|
Sudah
pada tempatnya.
|
Ayam putih terbang
siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.
|
Perkara
yang nyata mudah ketahuan.
|
Ayam seekor
bertambang dua.
|
Gadis
seorang, dua bujang yang ingin.
|
Ayam sudah patah,
kalau-kalau dapat menikam.
|
Orang
yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.
|
Ayam tak patuk, itik
tak sudu.
|
Keadaan
orang yang hina dalam masyarakat.
|
Ayam terlepas, tangan
bau tahi.
|
Kejahatan
yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.
|
Ayam terlepas, tangan
tercirit.
|
Kejahatan
yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.
|
Ayam tidur senang di
dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.
|
Tidak
senang melihat kebahagiaan orang.
|
Ayam yang tangkas di
gelanggang.
|
Orang
yang pandai berkata-kata di dalam majlis.
|
No comments:
Post a Comment