G
Maknanya
|
|
Gabak
di hulu tanda akan hujan,
cewang di langit tanda akan panas.
|
Ada
tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (gabak = redup.)
|
Gadai
terdorong ke (pada) Cina.
|
Telah
terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.
|
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan
juga.
|
Perbuatan
yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar.
|
Raja-raja
(orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin
mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan
(undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.
|
|
Gagak bersuara
murai.
|
Rupanya
hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.
|
Gagak
dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.
|
Orang
jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan
diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
Gagak lalu punggur
rebah.
|
Orang
besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan
kekuasaannya.
|
Memperlihatkan
kelebihannya supaya dipercayai orang.
|
|
Gajah berak besar,
kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.
|
Hendak
meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
(kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.)
|
Gajah
bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.
|
Kalau
raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
|
Gajah berhati,
kuman pun berhati juga.
|
Kaya
dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.
|
Gajah
berjuang sama gajah,
pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.
|
Kalau
raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
|
Gajah dialahkan
oleh pelanduk.
|
Orang
berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan
yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
|
Gajah
dipandang seperti kuman.
|
Terlalu
marah.
|
Orang
berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan
yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
|
|
Gajah
empat kaki lagi tersaruk.
|
Orang
besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat
ditentukan.
|
Kejahatan
orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan
anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.
|
|
Gajah
hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.
|
Hendak
meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
|
Mengerjakan
sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu
untuk menyelesaikan yang besar itu.
|
|
Gajah
lalu kumpai layu. (kumpai = sejenis rumput layu.)
|
Hendak
meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
|
Orang
yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah
(orang kecil).
|
|
Gajah
mati dicatuk katak.
|
Orang
berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan
yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
|
Mendapat
kecelakaan kerana kelebihannya.
|
|
Gajah
mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama.
|
Orang
baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
|
Gajah mati, tulang
setimbun.
|
Orang
kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.
|
Gajah
memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. (aris = getah
kayu yang sudah beku.)
|
Daripada
mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima
saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan.
|
Anak muda
yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian.
|
|
Gajah
rompong belalai.
|
Raja
yang tiada berkuasa.
|
Kalau
raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
|
|
Gajah
seekor gembala dua.
|
Sesuatu
pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang
perempuan.
|
Berbuat
sesuatu yang kurang baik untuk kelebihannya.
|
|
Gajah
terum di tengah rumah.
|
Orang
besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang
menerimanya itu. (terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.)
|
Galas
habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga.
|
Perniagaan
yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.
|
Galas
terdorong kepada Cina.
|
Telah
terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.
|
Gali
lubang menutup lubang.
|
Meminjam
wang untuk membayar hutang.
|
Gamak-gamak
seperti menyambal.
|
Hanya
dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.
|
Ganti
hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.
|
Mencari
ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. (reda = rela, senang hati.)
|
Gantung
tak bertali, salai tak berapi.
|
Isteri
yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya.
|
Perempuan
dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
|
|
Garam dikulum tak
hancur.
|
Orang
yang pandai menyimpan rahsia.
|
Garam jatuh di air.
|
Nasihat
yang diterima dengan baik.
|
Garam tumpah apakah
(= pada) tempatnya?
|
Orang
yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat.
|
Gar-gar,
kata gelegar, rasuk juga yang menahannya.
|
Memang
mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang
mengerjakannya.
|
Garuda diburu layang-layang yang dapat.
|
Barang
yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.
|
Gaya
saja, rasanya wallah.
|
Rupanya
saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk.
|
Gayung bersambut, kata berjawab.
|
Serangan
ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan
jahat. (gayung = pukulan.)
|
Gayung tua, gayung memutus.
|
Perkataan
orang tua biasanya tepat.
|
Gedang
gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan.
|
Tiap-tiap
orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. (gerundang = berudu.)
|
Gedang
kayu, gedang dahannya.
|
Banyak
penghasilan, banyak pula belanjanya.
|
Gedang
sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung.
|
Memegahkan
diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada.
|
Orang
yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi
perbuatannya itu sia-sia belaka.
|
|
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas
tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang.
|
Orang
yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.
|
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.
|
Cinta
kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak.
|
Geleng
seperti si patung kenyang.
|
Berjalan
melonjak-lonjak kerana sombongnya.
|
Gemuk
membuang lemak,
cerdik membuang kawan.
|
Sesudah
kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.
|
Geneng
di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan
(gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.(geneng = gagah.)
|
Menunjukkan
gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk
perjamuan makan minum.
|
Genggam
bara api biar sampai jadi arang.
|
Membuat
sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
|
Genggam-genggam
bara, terasa hangat dilepaskan.
|
Melakukan
sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu
ditinggalkan.
|
Orang
yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi
atau berpenyakitan. (dek
|
|
Genting
menanti putus, biang menanti tembuk.
|
Suami
isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.
|
Genting
putus, biang tembuk.
|
Perkara
yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah
bercerai.
|
Geruh
luka ajal mati.
|
Untung
baik luka saja; untung tak baik, mati.
|
Geruh
menempuh dalam tubuh.
|
Nasib
buruk yang mempengaruhi diri. (geruh = sial, malang.)
|
Geruh
tak berbunyi, malang tak berbau.
|
Kemalangan
terjadi tanpa diketahui.
|
Geruh
tak mencium bau.
|
Kemalangan
terjadi tanpa diketahui.
|
Getah meleleh ke
pangkal, daun melayang jauh.
|
Anak
sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.
|
Getah terbangkit (=
diangkat) kuaran tiba.
|
|
Getikkan
puru di bibir. (getik = menggetil.)
|
Tak
dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang
buruk kelakuannya.
|
Getu
sementara lagi bintik.
|
Sesuatu
bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan
malapetaka.
|
Gigi dengan lidah ada
kalanya bergigit juga.
|
Kerap
kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat
handai.
|
Gigi tanggal, rawan
murah.
|
Keinginan
datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
|
Keinginan
datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
|
|
Gila di
abun-abun. (abun-abun = angan-angan.)
|
Mengangan-angankan
sesuatu yang mustahil.
|
Gombak
gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor.
|
Bersih
dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. (gombak = rambut, jambul.)
|
Perbuatan
yang tidak sempurna.
|
|
Gulai terlampau
serai maung rasanya.
|
Perbuatan
(perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.
|
Guna-guna
alu, sesudah menumbuk dicampakkan.
|
Digunakan
sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.
|
Gundahkan
buah dimakan burung.
|
Bersusah
hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.
|
Gunung juga yang
dilejang panas.
|
Biasanya
orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya;
orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi
kejahatan.
|
Gunung yang
tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.
|
Biar
bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan
dan tiada ditambah-tambah.
|
Guru kencing berdiri,
murid kencing berlari.
|
Murid
yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
|
H
Maknanya
|
|
Habis adat kerana kerelaan.
|
Adat dapat diubah
atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian.
|
Orang
jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan
diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
|
Berserah
diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar.
|
|
Habis
beralur maka beralu-alu.
(beralur = berunding.) |
Mula-mula
berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan
barulah kekuatan tenaga diadu.
|
Habis cupak dari pelelehan.
|
Adat yang dilanggar
sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. (pelelehan
(leleh) = tiris, bocor.)
|
Habis
geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.
|
Sesuatu
yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan.
|
Habis hulubalang bersiak.
(siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.) |
Apabila
sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus
mengerjakannya.
|
Sangat
rajin bekerja.
|
|
Menyusahkan
orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.
|
|
Habis
manis sepah dibuang.
|
Digunakan
sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan.
|
Habis
miang kerana bergeser.
|
Sesuatu
kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan.
|
Tabiat
seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah.
|
|
Habis
tenggang dan (= dengan) kelakar.
|
Tidak
berdaya lagi.
|
Habis
umpan kerong-kerong tak dapat.
(kerong-kerong = ikan laut "Terapon jarbua") |
Perbuatan
dan usaha yang mendatangkan rugi.
|
Hancur
badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.
|
Budi
bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.
|
Hang
tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.
|
Hilang
satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).
|
Hangat
tiada berapi, sejuk tiada berair.
|
Orang
jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan
diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
|
Hangat-hangat
tahi (= cirit) ayam.
|
Tidak
bersungguh-sungguh.
|
Hanya
air dingin yang dapat memadamkan api.
|
Kata-kata
yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah.
|
Hanyut
dipintasi, lulus diselami, hilang dicari.
|
Menolong
seseorang yang ditimpa kesusahan.
|
Harap
hati hendak peluk gunung,
apa akal (= daya) tangan tak sampai.
|
Kehendak
hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.
|
Harap
hendak melonjak, kopiah
pesuk.
|
Segala
harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.
|
Harap
hendak meraup, tidak boleh menggenggam.
(meraup = mencedok dengan tangan.) |
Segala
harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.
|
Harap
ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.
|
Cakapnya
saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.
|
Harap
lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.
(lenggang serdadu = sikap yang gagah.) |
Gaya
saja yang gagah, tetapi tidak berwang.
|
Harapkan
anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya.
|
Dalam
membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun
kepada anak sendiri.
|
Kerana
mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan
yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
|
Harapkan
guruh (= guntur) di langit, air tempayan
ditumpahkan.
|
Kerana
mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan
yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
Harapkan
kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.
|
Kerana
mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan
yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (kambeh = peria; cangkuk =
pekasam.)
|
Harapkan
si untung menggamit, kain di badan didedahkan.
|
Kerana
mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan
yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
Percaya
kepada orang yang sangat malas.
|
|
Hari
baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar.
|
Masa
yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah
sempit.
|
Hari
guruh takkan hujan.
|
Orang
yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
|
Hari
ini patutlah redup (= panas keras).
|
Mengharapkan
sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.
|
Hari ini
sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya.
|
Orang
miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.
|
Hari
ini terlebih baik daripada besok.
|
Yang
dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.
|
Hari
tak selamanya panas.
|
Untung
dan malang silih berganti.
|
Hari
tidak siang saja.
|
Tidak
selamanya senang terus-menerus.
|
Harimau
bertempek tak (kan) makan orang.
|
Orang
yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
|
Harimau
ditakuti sebab giginya.
|
Orang
besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.
|
Harimau hendak
menghilangkan jejaknya.
|
Orang
jahat hendak menyembunyikan kejahatannya.
|
Harimau mati
kerana belangnya.
|
Mendapat
kecelakaan kerana kelebihannya.
|
Orang
baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
|
|
Harimau
memperlihatkan kukunya.
|
Orang
yang memperlihatkan kekuasaannya.
|
Harimau mengaum
takkan menangkap.
|
Orang
yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
|
Harimau
menunjukkan belangnya.
|
Orang
yang memperlihatkan kekuasaannya.
|
Harimau
menyorokkan kuku.
|
Orang
yang menyembunyikan kelebihannya.
|
Harimau puntung
kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.
|
Ada
masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang
lemah dan kecil.
|
Orang
besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan
tarafnya.
|
|
Harta
orang hendak digalas.
|
Orang
yang mahu mengambil harta orang lain.
|
Harta
orang hendak dikebas.
|
Orang
yang mahu mengambil harta orang lain.
|
Harta
pulang ke tuan (= empunya).
|
Sudah
pada tempatnya.
|
Harum
menghilangkan bau.
|
Keburukan
telah dilindungi oleh kebaikan.
|
Harum
semerbak mengandung mala.
(mala = air bangkai yang telah busuk.) |
Jasa
yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang.
|
Haruslah
air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan
banyak dilihat.
|
Orang
yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya.
|
Hati
bagai baling-baling.
|
Pendirian
yang tidak tetap.
|
Hati
bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang.
|
Orang
yang tidak ada perasaan.
|
Hati
bak serangkak dibungkus.
|
Sangat
berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.
|
Hati gajah sama dilapah,
hati kuman (= tuma) sama dicecah.
|
Pembahagian
yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.
|
Hati
gatal mata digaruk.
|
Ingin
mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.
|
Hati
hendak semua jadi.
|
Jika
ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.
|
Hati
orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang
hatinya.
|
Orang
bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum
berkata-kata.
|
Hati
yang ringan meringankan beban yang berat.
|
Semua
pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.
|
Hati
yang suka peringan beban.
|
Semua
pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.
|
Hawa
pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan.
|
Hawa
nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.
|
Hemat
pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.
|
Hemat
dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan
kesukaran.
|
Hempas
tulang berisi perut.
|
Rajin
bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.
|
Hempas
tulang tak berbalas jasa.
|
Berpenat
telah tetapi tidak ada hasilnya.
|
Hendak
air pancuran terbit.
|
Yang
diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.
|
Hendak
belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.
|
Hendak
mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara
itu.
|
Hendak
bersunting bunga
mala.
|
Hendak
beristeri perempuan tua.
|
Hendak
bersunting bunga
yang belum diseri kumbang.
|
Hendak
beristeri anak gadis.
|
Kerana
hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat
mendatangkan bencana kepada diri sendiri.
|
|
Hendak
dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.
|
Sesuatu
yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.
|
Hendak
ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar.
(termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.) |
Menghadapi
sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Hendak
harum terlalu hangit.
|
Kerana
terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
|
Hendak
hinggap tiada berkaki.
|
Ingin
berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.
|
Hendak
kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani
berlawan ramai.
|
Hemat
tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.
|
Malas
bekerja tetapi banyak makan.
|
|
Hendak
mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.
(bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.) |
Keadaan
yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara
tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah
tinggi.
|
Hendak
masak langsung hangus.
|
Kerana
terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
|
Hendak
melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.
|
Ingin
membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan
alat.
|
Hendak
meluruskan ekor anjing.
|
Sukar
untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat.
|
Hendak
memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya.
|
Orang
yang sedang marah malah diapi-apikan pula.
|
Hendak
memikat balam, balam jugalah penunggunya.
|
Hendak
mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.
|
Hendakkan
laba, rugi yang diperoleh.
|
|
Hendak
mendapat pisang
terkupas.
|
Inginkan
kesenangan tetapi malas berusaha.
|
Hendak
menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan.
|
Hendak
berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain.
|
Hendak mengayuhkan
perahu
tertambat.
|
Hendak
kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya.
|
Hendak
mengepal pasir kering.
|
Membuat
pekerjaan yang sukar.
|
Hendak
menggaruk tidak berkuku.
|
Hendak
berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada.
|
Hendak
panjang terlalu, patah.
|
Kerana
terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
|
Hendak
pergi berotan jangan takut onaknya.
|
Hendak
membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan.
|
Hendak
seribu daya, tak hendak seribu upaya.
|
Tiap-tiap
ada kemahuan, tentu ada jalan.
|
Lebih
baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di
dalam sulit.
|
|
Hendak
sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih.
|
Kerana
hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran.
|
Hendak
terbang tiada bersayap.
|
Ingin
berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.
|
Hendak
tinggi terlalu, jatuh.
|
Kerana
terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
|
Hendak
ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru.
|
Bersedia
menghadapi segala kemungkinan. (ucok = berunding mencari jalan damai.)
|
Hendak ulam, pucuk menjulai.
|
Yang
diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.
|
Hendak
untung menjadi buntung.
|
Hendakkan
laba, rugi yang diperoleh.
|
Hendak(nya)
saja yang besar, masuknya tak (se)berapa.
|
Banyak
cakap, tetapi buktinya sedikit sekali.
|
Hendakkan
halus, genting; genting putus sudahnya.
|
Perbuatan
yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan
kerugian.
|
Hendaklah
seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.
|
Hendaklah
hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.
|
Hidung
dicium, pipi digigit.
|
Kasih
sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan
baik.
|
Hidung
sudah rampung diatur orang.
|
Orang
bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
|
Hidung
tak mancung, pipi tersorong-sorong.
|
Suka
ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.
|
Hidup
di hujung gurun
orang.
|
Hidup
melarat.
|
Hidup
dikandung adat,
mati dikandung tanah.
|
Selama
masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati
terserahlah kepada hukum Tuhan.
|
Hidup
dua muara.
|
Hidup
dengan dua macam pencarian.
|
Hidup
kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).
|
Berbuat
baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.
|
Hidup
sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.
|
Suami
isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.
|
Hidup
segan mati tak mahu (= embuh).
|
Hidup
melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).
|
Hidup
tidak kerana doa,
mati tidak kerana sumpah.
|
Berusahalah
dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan
orang lain.
|
Hilang adat tegal muafakat.
|
Adat kebiasaan boleh
diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.
|
Hilang
bahasa lenyap bangsa.
|
Apabila
sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah
bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.
|
Hilang
bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
|
Akal
yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri.
|
Hilang
di mata di hati jangan.
|
Walaupun
tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.
|
Hilang
dicari, terapung digenangi, terbenam diselami.
|
Memeriksa
dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.
|
Kejahatan
akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya.
|
|
Hilang
jasa beliung,
timbul jasa rimbas. (rimbas = perkakas untuk penarah kayu.)
|
Orang
lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat
pujian.
|
Telah
mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan.
|
|
Kebaikan
hilang kerana kejahatan sedikit.
|
|
Hilang
kepala kura-kura
ditelan oleh dadanya.
|
Orang
hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.
|
Hilang kilat dalam kilau.
|
Kepandaian
atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang
pandai-pandai atau orang besar-besar.
|
Perempuan
yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang
lelaki yang mulia.
|
|
Hilang
penjahit berkerbau-kerbau.
|
Lebih
banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan.
|
Hilang
rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.
|
Orang
yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang.
|
Hilang
sepuh nampak senam. (sepuh = sadur; senam = warna yang asal.)
|
Tampak
kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya.
|
Hilang
tak tentu rimbanya.
|
Hilang
tidak berbekas.
|
Perbuatan
(baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi
oleh perbuatan orang yang kemudiannya.
|
|
Hilang
tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.
|
Sesuatu
hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.
|
Tidak
dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.
|
|
Hilir
malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.
|
Malas
berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.
|
Hinggap
bak langau, titik bak hujan.
|
Hal
yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).
|
Hinggap
mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).
|
Jika
merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri.
|
Hinggap
saja bagai langau.
|
Hal
yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).
|
Hinggap
seperti benalu. (benalu = pasilan.)
|
Menumpang,
kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu.
|
Hitam
bagai buntut (= pantat) belanga.
|
Perihal
keburukan sifat seseorang.
|
Hitam
dikatakan putih, putih dikatakan hitam.
|
Yang
buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.
|
Hitam
gagak tiada siapa yang mencelupnya.
|
Orang
yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri.
|
Hitam
mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya.
|
Orang
yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain.
|
Hitam
tahan tempa, putih tahan sesah.
|
Dapat
diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah.
|
Hitam-hitam
bendi, putih-putih sadah. (bendi = kereta kuda; sadah = kapur.)
|
Yang
buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.
|
Hitam-hitam
gajah,
putih-putih udang kepai.(udang kepai = udang kecil untuk dibuat
belacan.)
|
Yang
hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun
hodoh rupanya.
|
Hitam-hitam
gula Jawa.
|
Biarpun
hitam tetapi manis.
|
Hitam-hitam
kereta
api, putih-putih kapur sirih.
|
Yang
buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.
|
Hitam-hitam
tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.
|
Barang
yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna,
dibuang.
|
Hujan berbalik ke
langit.
|
Orang
berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.
|
Hujan berpohon,
panas berasal.
|
Segala
sesuatu tentu ada sebab-musababnya.
|
Walau
bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang
lebih baik.
|
|
Walau
bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang
lebih baik.
|
|
Hujan jatuh ke
pasir.
|
Berbuat
baik tidak pada tempatnya.
|
Walau
bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang
lebih baik.
|
|
Hujan menimpa bumi.
|
Tiada
dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa.
|
Hujan panas
permainan hari, senang susah permainan hidup.
|
Dalam
hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.
|
hujan tak sekali
jatuh, simpai tak sekali erat.
|
Keuntungan
dan bahagia tidak datang sekali gus. (simpai = gelang-gelang daripada rotan.)
|
Hujan, tempat
berteduh; panas, tempat berlindung.
|
Orang
yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.
|
Hujung
lurus, pangkal berkait.
|
Kelihatannya
baik, tetapi di dalam hatinya jahat.
|
Hukum
berdiri dengan sakti, adat
berdiri dengan tanda.
|
Undang-undang
agama kuat
dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang
adat kuat dengan
tanda-tanda bukti.
|
Hukum
yang rata, adat
yang datar.
|
Sesuatu
yang sama baiknya.
|
Hulu
malang pangkal celaka.
|
Permulaan
segala bencana.
|
Hulu
mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. (hulu mujur = pangkat
untung.)
|
Orang
yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan
disukai orang.
|
Hutan
jauh diulangi, hutan dekat dikendana. (kendana = dijaga, diamat-amati.)
|
|
Harta-benda
(kaum keluarga)
baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga.
|
|
Hutang
(= pinjam) kayu ara.
|
Hutang
yang tak mungkin terbayar.
|
Hutang
biduk belum langsai, Hutang pengayuh datang pula.
|
Hutang
yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
|
Hutang emas dapat (= boleh)
dibayar, Hutang budi dibawa mati.
|
Budi
baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat
dibayar dengan wang.
|
Hutang
samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.(kajang =benda yang dianyam
daripada daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan untuk atap atau
pelindung daripada panas
|
Hutang
yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
|
Hutang
sebelit (selilit) pinggang.
|
Sangat
banyak hutangnya.
|
Hutang
tembilang belum langsai, Hutang tajak bila pula.
|
Hutang
yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
|
Hutang
tiap helai bulu.
|
Sangat
banyak hutangnya.
|
I
Maknanya
|
|
Iba
akan kacang sebuah, tak jadi memengat.
|
Kerana
sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan.
|
Ibarat ayam: tiada mengais
tiada makan.
|
Sangat
miskin.
|
Ibarat
beban sudah ke tepi.
|
Suatu
pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata
sepakat. (ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.)
|
Ibarat
beban, belum lepas daripada bahu
|
Belum
lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).
|
Ibarat bunga: sedap
dipakai layu dibuang.
|
Perempuan
yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. (sedap =
maksudnya: segar.)
|
Ibarat burung: mata
lepas badan terkurung.
|
Tidak
ada kemerdekaan.
|
Ibarat burung: mulut
manis jangan dipakai.
|
Perkataan
manis selalu berisi semu di dalamnya. (semu = tipu, khianat.)
|
Ibarat
dawat (dakwat)
dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.
|
Suami
isteri yang berkasih-kasihan.
|
Ibarat
gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau.
|
Lelaki
yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan
kembali ke rumahnya juga.
|
Ibarat
kutu, boleh diselisik. (selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.)
|
Kesalahan
atau keburukan tidak dapat disembunyikan.
|
Ibarat
negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.
|
Orang
yang tidak tetap kedudukannya. (rasam = adat, kebiasaan.)
|
Ibarat
pasir: sekali air dalam sekali berubah.
|
Rakyat
jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar.
|
Ibarat perahu takkan
karam sebelah.
|
Kaum keluarga ikut
bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.
|
Ibarat
rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.
|
Orang
melarat mendapat pertolongan.
|
Ijuk
sebelembang, tali di situ keluan di situ.(sebelembang = seberkas.)
|
Pencarian
yang tiada memadai.
|
Ikan biar dapat,
serampang jangan pukah.
|
Maksud
biar tercapai, kerugian jangan ada. (serampang = tempuling; pukah = bengkok,
patah.)
|
Ikan dalam
keroncong.(keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam.)
|
Tiada
tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap).
|
Ikan di hulu tuba di
hilir.
|
Perbuatan
yang sia-sia.
|
Ikan di kuali, habis
melompat.
|
Nasib
yang malang.
|
Ikan digulai sudah
melompat.
|
Nasib
yang malang.
|
Sudah
bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (sengkalan =
pengisar rempah-rempah.)
|
|
Ikan pulang ke lubuk.
|
Telah
kembali ke tempat asalnya.
|
Kerana
yang sedikit rosak yang banyak.
|
|
Kerana
yang sedikit rosak yang banyak.
|
|
Mengharapkan
untuk memperoleh barang yang diingini.
|
|
Ikan terkilat (=
terkilap) jala tiba.
|
Sangat
cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.
|
Ikan yang di dalam
lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat.
|
Sepandai-pandai
orang, ada kalanya salah juga.
|
Ikannya belum dapat,
airnya sudah keruh.
|
Perbuatan
(= tindakan) yang tidak bijaksana.
|
Ikat
boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? (takuk = luka pada pohon, misalnya
pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.)
|
Perangai
yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya.
|
Ikhtiar
menjalani, untung menyudahi.
|
Untuk
mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah
kepada nasib.
|
Ikut hakim memiat
daging: sakit di awak sakitlah orang.(memiat (piat) = memiuh ke kiri ke
kanan.)
|
Sesuatu
perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
|
Ikut
hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
|
Orang
yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.
|
Ilmu padi, makin berisi
makin runduk.
|
Makin
banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
|
Inai
tertepung, kuku tanggal.
|
Usaha
yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. (tertepung = sudah
digiling.)
|
Indah
khabar daripada rupa.
|
Perkhabaran
selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
|
Ingat
ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan
mengait.
|
Hendaklah
selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu
pekerjaan.
|
Ingat
sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis.
|
Selalu
waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.
|
Ingat-ingat
yang di atas, yang di bawah akan menimpa.
|
Orang
yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan
sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan
menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.
|
Ingin di
buah manggis
hutan, masak ranum tergantung tinggi.
|
Inginkan
sesuatu yang sudah diperoleh.
|
Ingin
hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak.
|
Ingin
hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.
|
Ini
hari orang, besok hari kita.
|
Malang
dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)
|
Intan berlian jangan
dipijakkan.
|
Untung
bahagia jangan dielakkan.
|
Intan
dikalungkan di leher anjing.
|
Memberikan
sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada
tempatnya.
|
Intan
disangkakan batu kelikir.
|
Tidak
mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.
|
Intan
itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.
|
Kebenaran
akan ternyata juga, walaupun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan
juga walaupun hidupnya melarat.
|
Intan
salah serudinya. (serudi = canai.)
|
Biarpun
berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk,
nescaya jahat dan hina juga jadinya.
|
Isi
dada bekal berjalan.
|
Kalau
ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.
|
Isi lemak dapat ke
orang, tulang bulu pulang ke kita.
|
Kita
yang berusaha, orang lain yang senang.
|
Itik berenang dalam
air (= di laut) mati kehausan.
|
Menderita
kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi.
|
Itik bertaji.
|
Sangat
penakut, tetapi sombong.
|
Itik diajar berenang.
|
Membuat
pekerjaan yang sia-sia.
|
Itik dimandikan
takkan basah.
|
Orang
yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.
|
Itik mendapat air.
|
Memperoleh
sesuatu yang sangat digemarinya.
|
Tersisih
daripada pergaulan kerana kemiskinan.
|
J
Maknanya
|
|
Jadi
air mandi.
|
Sudah
jadi kebiasaan.
|
Jadi
alas cakap.
|
Hadiah
kepada orang yang berjasa.
|
Jadi
bapa kuda.
|
Orang
lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya,
tanpa membuat sesuatu pekerjaan.
|
Jadi
bumi langit.
|
Orang
yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.
|
Jadi
dinding lasak peti manian.
|
Orang
yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. (lasak = masuk, muat, isi;
peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.)
|
Jadi kuda beban.
|
Orang
suruhan.
|
Jadi
penghubung hujung lidah (= mulut).
|
Orang
yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan.
|
Jadi
penghubung kaki tangan.
|
Tempat
harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.
|
Jadi
penghubung mata telinga.
|
Tempat
harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.
|
Jadi
teluk ulakan air.
|
Perundingan
atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.
|
Jahit
sudah, kelindan putus. (kelindan = benang pada jarum.)
|
Habis
(= selesai) sama sekali.
|
Jalan
di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.
|
Hendaklah
selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).
|
Jalan
diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas. (diasak =
dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.)
|
Adat istiadat dalam
suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu.
|
Jalan
mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa.
|
Orang
yang berani dan tidak memilih perbuatannya. (titian = jambatan kecil.)
|
Jalan raya
titian batu.
|
Adat (= aturan) yang
belum berubah-ubah.
|
Jambatan
emas.
|
Jalan
mencapai bahagia.
|
Janda
belum berlaki.
|
Gadis
yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.
|
Janda
berhias.
|
Janda
yang belum beranak.
|
Jangan
bagai babi merasa gulai.
|
Orang
yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan.
|
Jangan
bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela.
|
Membuat
pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. (mua =
melampau.)
|
Jangan
bagai orang patah selera, banyak makan.(patah selera = tak bernafsu makan.)
|
Pura-pura
tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali.
|
Jangan
bawa resmi jagung:
makin berisi makin jegang (= tegak).
|
Makin
kaya (berilmu) makin sombong.
|
Jangan
bercermin di air keruh.
|
Jangan
mengikut tauladan (teladan) yang buruk.
|
Jangan
berebutkan tembikar pecah.
|
Janganlah
berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
|
Jangan
berkemudi di haluan.
|
Jangan
terlalu sangat mengikut kata isteri.
|
Jangan
bersandar di batang rengas.
|
Tidak
usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.
|
Jangan
bersandar di punggur.
|
Tidak
ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi
kekuasaannya.
|
Jangan
bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.
|
Orang
yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh
yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.
|
Jangan
buat kerbau
tanduk panjang.
|
Jangan
ikut campur dalam urusan orang lain.
|
Jangan
diajar anak harimau
makan daging.
|
Jangan
digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim.
|
Jangan
diajar orang tua makan dadih.
|
Tidak
usah diajar orang yang sudah tahu. (dadih = air susu kerbau yang
dikentalkan.)
|
Jangan
diajar orang tua makan kerak.
|
Tidak
usah diajar orang yang sudah tahu.
|
Jangan
dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal.
|
Menasihati
seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.
|
Jangan
difikirkan air pasang saja.
|
Janganlah
mengharapkan nasib yang baik sentiasa.
|
Jangan
difikirkan bengkok tebu
itu bengkok pula manisnya.
|
Nasihat
yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
|
Jangan
difikirkan kalau tebu
itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga.
|
Nasihat
yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
|
Jangan
diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting.
|
Perbuatan
yang jahat jangan dibiasakan.
|
Jangan
disangkakan ikan
lais-lais tiada menyengat.
|
|
Jangan
ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis.
|
Hendaklah
selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan
dicari kemarahan orang yang berkuasa.
|
Jangan
kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri
juga. (guri = sejenis buyung.)
|
Jangan
disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa.
|
Jangan
meludah ke langit.
|
Jangan
mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.
|
Jangan memanah ke langit.
|
Jangan
menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan
diri sendiri.
|
Rezeki
yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.
|
|
Jangan
memberi bunga
kepada monyet.
|
Memberi
sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
|
Memberi
sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
Jangan
memijak benang arang
orang.Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang.
|
|
Jangan
menggegai sempada di bawah batang.
|
Bahaya
jangan dicari-cari.
|
Jangan
menggerak ular
tidur.
|
Bahaya
jangan dicari-cari.
|
Jangan
menghulurkan hulu keris ke tangan orang.
|
Jangan
menyerahkan kuasa kepada orang, nescaya kita dibinasakannya.
|
Jangan
menjadi seperti kacang
lupakan kulit atau ulat lupakan daun.(menggegai = mengusik; sempada = ketam.)
|
Jangan
kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada
kita.
|
Jangan
menumbuk di periuk,
bertanak di lesung.
|
Jangan
berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.
|
Jangan
menyuruh kapak
menyelam beliung.
|
Jangan
memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia.
|
Jangan
merempuh sarang lebah.
|
Bahaya
jangan dicari-cari.
|
Jangan
puntung berasap jua.
|
Perselisihan
(perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.
|
Jangan
sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat.
|
Sesuatu
pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum
dikerjakan.
|
Jangan
sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak).
|
Kerjakanlah
sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.
|
Jangan
seperti si buta mematah tongkat.
|
Jangan
bermusuh dengan orang yang menolong kita.
|
Jangan
sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai.
|
Sesudah
mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.
|
Jangan
tercirit di periuk.
|
Jangan
berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang
yang telah menolong kita.
|
Jangat
liat kurang panggang.
|
Tidak
dapat diajar; degil. (jangat = kulit binatang atau manusia di sini
dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.)
|
Janji
sampai, sukatan penuh.
|
Sudah
sampai ajal.
|
Janjian
antah tidak ceruh.
|
Nasib
yang malang.
|
Jaras
dikatakan raga jarang. (jaras = raga yang jarang anyamannya.)
|
Orang
yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang
tiada ilmu kerap kali salah pilih.
|
Jaras
katanya raga jarang.
|
Orang
yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang
tiada ilmu kerap kali salah pilih.
|
Jari
kudung dimasukkan cincin.
|
Berbuat
sesuatu tidak pada tempatnya.
|
Jaring
berbangkit kuaran tiba.
|
Perhitungan
yang salah.
|
Jarum
halus kelindan sutera.
|
Tipu
muslihat yang sangat halus.
|
Jatuh
berjolok.
|
Memperoleh
sesuatu kerana diminta.
|
Jatuh
berkait.
|
Memperoleh
sesuatu kerana diminta.
|
Jatuh
di atas tilam.
|
Beruntung
kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.
|
Jatuh
dihimpit tangga.
|
Mendapat
kesusahan silih berganti.
|
Jatuh
tidak berkait (= berjolok).
|
Membuat
sesuatu tanpa diminta.
|
Jauh
bau bunga, dekat
bau tahi (= kencing).
|
Sanak
saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.
|
Jauh
berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.
|
Banyak
pengalaman.
|
Jauh
boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.
|
Kebenaran
sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya.
(dikakuk = dipegang.)
|
Jauh
dari mata jauhlah dari hati.
|
Hilang
kasih sesudah berjauhan tempat.
|
Jauh di
mata, dekat di hati.
|
Meskipun
telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan.
|
Jauh
menyalak kuat, dekat mencawat ekor.
|
Bercakap
besar di belakang-belakang saja.
|
Jauh
panggang dari api.
|
Jawapan
atau sindiran yang tidak tepat.
|
Orang
yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.
|
|
Jejak
dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?
|
Kesan
perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan
mudah.
|
Jejak
selut kaki terbenam.(selut = lumpur.)
|
Berbuat
sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan.
|
Jejaknya
keruh.
|
Asal
usulnya sejak mula sudah kurang baik.
|
Jelatang
di hulu air.
|
Perkara
yang selalu menyusahkan.
|
Jemur
terkekar ayam
tiba.
(terkekar = terkembang.) |
Baru
saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli.
|
Jenguk
pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.
|
Sebelum
melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya
selamat dan sempurna pekerjaan itu. (tindai-tindai = lihat dengan perhatian
yang saksama kalau-kalau ada yang salah.)
|
Jerat
halus kelindan sutera.
|
Tipu
muslihat yang sangat halus.
|
Jerat
semata bunda kandung.
|
Anak
seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan.
|
Jerat
serupa jerami.
|
Tipu
daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.
|
Sudah
lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.
|
|
Jerih
menentang boleh, rugi menentang laba.
|
Suka
menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu
akan mendapat keuntungan.
|
Jika
ada padi
berhampalah; jika ada hati berasalah.
|
Siapa
merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
|
Jika
ada padi, tentu ada
hampanya; jika ada hati tentu terasa.
|
Siapa
merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
|
Jika
baik ada cacatnya.
|
Tidak
ada yang sempurna benar.
|
Jika
berjumbai tempat bergantung.
|
Tanda
yang dapat dijadikan punca penyelidikan.
|
Jika
berpuluh-puluh kali batang beralih(= bertindih), Cacing di bawah
juga.
|
Walaupun
orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap
seperti itu juga.
|
Perempuan
yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi
ketua rumah
|
|
Jika
cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.
|
Sahabat
yang tulus ikhlas dan suka membantu.
|
Jika
diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani.
|
Sebacul-bacul
orang apabila telah marah akan menjadi berani.
|
Jika
hati tak suka, madu diminum serasa cuka.
|
Menunjukkan
kebencian.
|
Jika
hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.
|
Jika
hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri.
|
Jika
kepalanya ular,
takkan ekornya belut.
|
Yang
jahat itu tetap jahat.
|
Jika kerbau dipegang
orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya.
|
Janji
mesti ditepati.
|
Jika
ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki
yang jahat datang bertamu ke rumah.
|
|
Jika
menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai.
|
Berbuat
sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.
|
Jika
pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya.
|
Sesuatu
pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.
|
Jika
salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. .
(rambah = membabat, menebangi.)
|
Hukuman
haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan
|
Jika
sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke
gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi
renggang.
|
Kalau
sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan
damai.
|
Jika
tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.
|
Jika
tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.
|
Jika
tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan). (dandang =
sejenis perahu;
tanjakan = pendakian.)
|
Untuk
menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan.
|
Jika terjamah
benda bertuan, alamat nyawa akan melayang.
|
Orang
yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima
akibatnya.
|
Jika
tiada tersapu arang
di muka, baiklah mati daripada hidup.
|
Lebih
baik mati daripada hidup menanggung malu.
|
Jika
tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu.
|
Tak
akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
|
Jika
yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat
bersilang telunjuk bibir.
|
Perbuatan
baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila
dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.
|
Jikalau
beranak ikut kata bidan.
|
Turutlah
nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.
|
Jikalau
di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.
|
Jikalau
dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa
jahat maka jahat juga kesudahannya.
|
Perkataan
yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.
|
|
Jikalau
kasihkan padi,
buanglah rumput.
|
Jika
kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain.
|
Jikalau
kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.
|
|
Jikalau
kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga.
|
Jika
hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. (ciau
atau ciu = tilam tempat duduk.)
|
Jikalau
menampi jangan tumpah padinya.
|
Memilih
sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang
berguna.
|
Jikalau
tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan.
|
Jangan
rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.
|
Jikalau
tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.
|
Orang
yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang.
|
Jikalau
tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah.
|
Tentu
ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi
demikian.
|
Jikalau
ular menyusur
akar, tiada hilang bisanya.
|
Orang
besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
|
Jirus
bagai bulan akan habis.
|
Modal
yang makin lama makin susut. (jirus = tirus.)
|
Jiwa
bergantung di hujung rambut.
|
Senantiasa
dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.
|
Juadah
sudah dijilat cicak.
|
Perempuan
yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam.
|
Jual sutera beli
mastuli.
|
Dapat
ganti yang lebih berharga lagi. (mastuli = kain tebal yang amat mahal
harganya.)
|
Jika
ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan
itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.
|
No comments:
Post a Comment