K
Maknanya
|
|
Kaduk
kena baja.
|
Orang
yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.
|
Kaduk
naik junjung.
|
Orang
hina merasa dirinya mulia.
|
Kain basah kering di pinggang.
|
Sangat
miskin.
|
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk
ke longkang juga.
(acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.) |
Orang
yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat
juga.
|
Kain dalam lipatan.
|
Perempuan
yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.
|
Kain dibakar tiada berbau.
|
Kemiskinan
yang amat sangat.
|
Kain ditangkap maka duduk.
|
Kemiskinan
yang amat sangat.
|
Kain jadi basahan.
|
Jatuh
melarat.
|
Dalam sikratulmaut.
|
|
Menceraikan
isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari
kawan baru.
|
|
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah
tak sampai.
|
Serba
tak cukup (miskin).
|
Kain pendinding miang, wang pendinding malu.
|
Segala
sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah
daripada benda-benda itu.
|
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik
tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.
(rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.) |
Orang
yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri.
|
Kain sehelai berganti-ganti.
|
Suami
isteri yang miskin.
|
Kain sehelai peminggang habis.
(peminggang = lambung perahu.) |
Mengalami
kerugian atau kecurian.
|
Kain sehelai sepinggang habis.
|
Mengalami
kerugian atau kecurian.
|
Kain tak bertepi.
|
Kemiskinan
yang amat sangat.
|
Tergesa-gesa
melarikan diri.
|
|
Kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang.
|
Orang
miskin yang harus bekerja setiap masa.
|
Kaki
naik, kepala turun.
|
Bekerja
tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk.
|
Kaki
pekuk lenggang ke perut.
(pekuk = bengkok.) |
Orang
yang buruk dan bodoh.
|
Kaki
sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan.
|
Telah
terlanjur.
|
Kaki
terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya.
|
Segala
janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung
akibatnya.
|
Kaki
tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya.
|
Segala
janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.
|
Maksudnya
hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya.
|
|
Kalah
jadi abu, menang jadi arang.
|
Kalah
atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.
|
Kalau
ada asap, tentu ada api.
|
Tiap-tiap
sesuatu ada asal mulanya.
|
Akan
senanglah hidup seseorang kalau ada pencariannya yang tetap.
|
|
Kalau
alang-kepalang biarlah jangan.
|
Melakukan
sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai.
|
Kalau anjing biasa
makan tahi, tak makan hidu ada juga.
|
Orang
yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
|
Kalau
asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
|
Yang
baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.
|
Kalau
baik buat tauladan (teladan), kalau tak baik buat sempadan.
|
Ambillah
yang baik dan buangkan yang jahat.
|
Kalau
baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.
|
Perbuatan
yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.
|
Kalau
bangkai galikan kuburnya,
kalau hidup sediakan buaiannya.
|
Pertimbangan
tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya
berlaku.
|
Kalau
bersahabat cari sama babat.
(babat = pasang, suku, golongan.) |
Pilihlah
kawan daripada golongan sendiri.
|
Kalau
bertangkai boleh dijinjingkan.
|
Bukti
yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.
|
Kalau
bertunas diganggut kambing.
(ganggut = ragut, renggut.) |
Nasib
yang malang.
|
Kalau
boros lekas kerugian.
|
Pendapatan
yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.
|
Kalau
bukan rezeki, di mulut
lari ke luar.
|
Rezeki
(harta) yang belum dapat ditentukan.
|
Kalau bunga bukan (=
tidak) sekuntum.
|
Lelaki
ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.
|
Kalau
di bawah melompat, kalau di atas menyusup.
|
Pandai
menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.
|
Kalau
dibalun sebalun kuku,
kalau digumpal segumpal tanah.
|
Alam
rohani yang tak terbatas.
|
Kalau
dicampak bunga
takkan dibalas tahi.
|
Biasanya
sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan
kejahatan.
|
Kalau
digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu.
|
Sesuatu
perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang
salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.
|
Kalau
dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara.
|
Jawab
yang benar dan tepat.
|
Kalau
dipujuk makin menyebal, kalau dimarah baru tertawa.
|
Kelakuan
yang tidak ada tempatnya; sifat yang sangat bertentangan.
|
Hendaklah
diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat
kesimpulan.
|
|
Kalau getah meleleh,
kalau daun melayang.
|
Dalam
keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang
lain akan meninggalkan kita.
|
Kalau guru makan berdiri,
maka muridnya makan berlari.
|
Murid
yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
|
Kalau
ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak.
|
Perbezaan
antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak.
|
Perihal
orang yang mencari yang enak dan senang saja.
|
|
Kalau
kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
|
Jika
pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang
lebih banyak pengetahuannya.
|
Kalau
kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang
biarlah dengan kaki yang pakai kasut.
|
Kalau
berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh
orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu
apa-apa.
|
Kalau kerbau sekawan
dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.
|
Sangatlah
sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.
|
Kalau
dibuka rahsianya, tentu mendapat malu.
|
|
Perkara
yang mustahil.
|
|
Orang
besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi.
|
|
Lelaki
ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.
|
|
Kalau
laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang.
|
Bila
beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah
atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.
|
Kalau
langit hendak menimpa bumi,
bolehkah ditahan dengan telunjuk.
|
Orang
kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.
|
Kalau
berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh
orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu
apa-apa.
|
|
Kalau pandai
makan, pandai simpan.
|
Pandai
menyimpan rahsia.
|
Kalau
pandai mencencang akar, mati lalu ke pucuknya.
|
Orang
yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja.
|
Sekalipun
kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia
mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.
|
|
Kalau
pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.
|
Orang
yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.
|
Kalau
panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.
|
Sesuatu
pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya.
|
Kalau
sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu.
|
Kalau
sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya.
|
Untuk
menyatakan kebenaran sesuatu perkara.
|
|
Kalau
sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga.
|
Manusia
itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga.
|
Orang
yang lemah berhadapan dengan orang yang kuat, tentu akan kalah akhirnya.
|
|
Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan.
|
Kalau
perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan.
|
Kalau
terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
|
|
Kalau
tak ada api, masakan ada asap.
|
Jika
tidak bersalah masakan dituduh orang.
|
Kalau
tak ada berlela, baiklah mereka.
(mereka = mencari akal.) |
Jika
tak ada daya upaya maka terimalah nasib.
|
Orang
yang sangat kurus.
|
|
Kalau
tak berduit (=
berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang).
|
Orang
yang tidak berwang selalu melarat hidupnya.
|
Kalau
tak bermeriam,
baiklah diam.
|
Orang
yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan.
|
Kalau
tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah
kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. .
(gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.) |
Sesuatu
pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah
pekerjaan itu
|
Kalau
tak sir berdegak, sir melayang.
(tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.) |
Jika
barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya.
|
Kalau
tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung.
|
Berperang dan
menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.
|
Kalau
takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut).
|
Kalau
takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.
|
Kalau
tiada emas sepiak,
kerja di mana boleh jadi.
(sepiak = seketip, sedikit.) |
Orang
yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya.
|
Kalau
tiada padi
sebarang kerja tak jadi.
|
Kalau
tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.
|
Kalau
tidak ada senapang, baik berjalan lapang.
|
Jika
tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.
|
Kali
sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut.
|
Berbuat
sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga
akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.
|
Memberi
nasihat dan ajaran yang sia-sia.
|
|
Kambing di
parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya.
|
Orang
yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.
|
Akibat
yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.
|
|
Yang
baik ditukar dengan yang buruk.
|
|
Kapak tak boleh
membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.
|
Penganiayaan
itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.
|
Kapal besar ditunda
jongkong.
|
Orang
yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.
|
Suatu
pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu.
|
|
Orang
mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.
|
|
Kapur di hujung
telunjuk.
|
Tidak
dapat menolong sanak saudara.
|
Karam
berdua basah seorang.
|
Dua
orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.
|
Kalau
susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara,
tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara.
|
|
Karam
di laut boleh
ditimba, karam di hati bilakan sudah.
|
Kesedihan
kerana kematian kekasih.
|
Mendapat
kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya.
|
|
Mendapat
kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya.
|
|
Karam
tidak berair.
|
Mendapat
bencana dengan tidak bersebab.
|
Kasih
bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.
(penggalan = potongan.) |
Cinta
kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.
|
Kasih
itu roh (= semangat) yang buta.
|
Kasih
tidak memilih yang baik atau yang cantik saja.
|
Kasih
saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih
sahabat sama binasa.
|
Kasih
yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih
seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.
|
Kasih
sepantun
tulisan pinggan.
|
Kasih
yang tak hilang-hilang.
|
Kasih
tidak bersekutu
dengan bijak.
|
Apabila
hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.
|
Kasihan
gajah berusung.
|
Kasihan
yang tidak pada tempatnya.
|
Kasihkan
anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan.
(uliti = menyanyikan sampai tidur.) |
Anak
yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan
kedukacitaan.
|
Jika
kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada
mengasihi perempuan lain.
|
|
Lebih
sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga
sendiri.
|
|
Kasihkan
raja di atas
usungan.
|
Kasihan
yang tidak pada tempatnya.
|
Kasturi
mati kerana baunya.
(kasturi = tikus kecil yang harum baunya.) |
Mendapat
kecelakaan kerana kelebihannya.
|
Kata
berjawab, gayung bersambut.
|
Serangan
ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan
jahat.
|
Kata
biarlah kota.
|
Janji
hendaklah ditepati.
|
Kata
dulu bertepati, kata kemudian berceraian (= bercari).
|
Janji
hendaklah ditetapi.
|
Orang
yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.
|
|
Kata
seorang dibulati, kata bersama diperiakan.
|
Urusan
yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri,
tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat.
|
Kata
yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan.
(rahmat = belas kasihan.) |
Tidak
mahu mengakui kebenaran.
|
Sangat
picik pengetahuannya.
|
|
Berkeluh
kesah dengan tidak keruan.
|
|
Hendak
meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.
|
|
Orang
jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.
|
|
Tempat
yang berbahaya.
|
|
Kawin
(kahwin) naik basuh kaki saja.
|
Kahwin
dengan tidak kena belanja apa-apa.
|
Orang
yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.
|
|
Kayu
besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan,
uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.
|
Pemimpin
yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.
|
Kayu
bongkok kura-kurapun
boleh memanjat.
|
Orang
yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan
kesalahannya.
|
Kayu
buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh.
|
Orang
yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit.
|
Kayu
dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.
|
Orang
yang tidak sempurna akal fikirannya.
|
Kayu
mati berpunggur, manusia mati biar bernama.
|
Hidup
manusia hendaklah meninggalkan jasa
yang baik.
|
Kayu
yang banyak akarnya, tak takutkan ribut.
|
Orang
yang banyak kawan tidak takut akan susah.
|
Kayu
yang berakar tunjang tak endahkan ribut.
(tunjang = akar yang di atas tanah.) |
Orang
yang banyak kawan tidak takut akan susah.
|
Kayu
yang besar jugalah yang bersakat.
(sakat = bendalu, pasilan.) |
Orang
yang kaya juga yang bertambah kekayaannya.
|
Kayu
yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya.
|
Apabila
orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani
mencercanya.
|
Ke atas
tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.
(gerek = berlubang-lubang.) |
Sumpah
orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya.
|
Perhubungan
yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.
|
|
Ke
dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar.
(ambung = keranjang.) |
Orang
yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.
|
Bagaimana
sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat
yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.
|
|
Gagal
untuk mendapat keuntungan.
|
|
Orang
yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
|
|
Tak
dapat terhindar daripada bahaya.
|
|
Ke
langit tak sampai, ke bumi
tak nyata (= tak terjejak).
|
Pekerjaan
yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.
|
Perbuatan
yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai.
|
|
Ke mana
angin yang
deras, ke situ condongnya.
|
Pendirian
yang tidak tetap.
|
Ke mana
condong, ke mana rebah.
|
Sudah
dilakukan menurut adat
yang biasa.
|
Ke mana
dialih, lesung
berdedak juga.
|
Pekerjaan
yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan
nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga.
|
Selalu
menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan
sendiri.
|
|
Ke mana
tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.
|
Sesuatu
itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit.
|
Ke
mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.
|
Sesuatu
pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.
|
Ke sawah tidak
berluluk, ke ladang tidak berarang.
|
Memperoleh
keuntungan tidak dengan bersusah payah.
|
Ke sungai sambil
mandi.
|
Sekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
|
Ke
tengah boleh, ke tepi pun boleh.
|
Orang
yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.
|
Kebakaran
janggut.
|
Kebingungan
tidak keruan.
|
Kebanyakan
halilintar
kurang hujan.
|
Cakap
saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada.
|
Kebenaran
di hujung lidah.
|
Tidak
ada keadilan.
|
Kecambah
kayu ara takkan jadi pulut-pulut.
(kecambah = tumbuhan kecil.) |
Orang
yang memang berani takkan jadi pengecut.
|
Kecek
anak Melaka.
|
Cakap
tinggi tetapi tidak berisi.
|
Kecek
bagai bunyi merendang kacang.
|
Percakapan
yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.
|
Kecek
bagai ketiak ular.
|
Cakap
yang tak berkeputusan.
|
Kecil
anak besar onak.
|
Anak
pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula
ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.
|
Kecil
api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.
|
Kejahatan
yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.
|
Kecil
bahan besar penimpanya.
|
Belanja
lebih banyak daripada penghasilan.
|
Kecil
dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah.
|
Orang
hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
|
Kecil gunung dipandang,
besar hutang disandang.
|
Hutang
itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya.
|
Kecil
hutang diansur, habis hutang dibayar.
|
Tiap-tiap
suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya
nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.
|
Kecil
jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka
bapa.
|
Pengetahuan
dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga
terdapat pada orang muda-muda.
|
Kecil
tapak tangan, nyiru ditadahkan.
|
Ingin
mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati.
|
Kecil
teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak.
|
Kebiasaan
sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah.
|
Dengan
usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.
|
|
Kecil-kecil
anak harimau.
|
Meskipun
kecil tetapi berani.
|
Kecil-kecil
anak sudah besar menjadi onak.
|
Anak
pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula
ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.
|
Walaupun
orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar.
|
|
Kecil-kecil
cabai rawit.
|
Meskipun
kecil tetapi berani.
|
Kecil-kecil
cili Melaka (=
api).
|
Meskipun
kecil tetapi berani.
|
Meskipun
kecil tetapi berani.
|
|
Kecil-kecil
pun api.
|
Barang
sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.
|
Sama
jahat. (kecubung = sejenis tumbuhan, bijinya memabukkan.)
|
|
Kehendak
kucinglah
bertemu dengan panggang.
|
Orang
yang bertemu dengan barang yang digemarinya.
|
Kejap
(= kerling) bagai pelitakan padam.
(kejap = kerling, kedip, kelip.) |
Pujian
kepada perempuan yang cantik.
|
Keladi muda, muda
buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya.
|
Orang
muda sangat mudah panas darahnya.
|
Kelakatu hendak terbang ke langit.
|
Menghendaki
sesuatu yang mustahil.
|
Kelalaian
menjemput pencuri.
|
Kerana
kelalaian maka kerugian.
|
Kelam
bagai malam dua puluh tujuh.
|
Sesuatu
hal atau perkara yang gelap sama sekali.
|
Kelam
disigi, lekung ditinjau.
(sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.) |
Sesuatu
perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa
dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan.
|
Gadis
yang sudah kehilangan daranya.
|
|
Kelapa muda tak
berminyak.
|
Orang
muda yang belum ada pengalaman.
|
Orang
yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong,
maka selamatlah hidupnya.
|
|
Kelarai
sesat taja.
(taja = permulaan.) |
Sesuatu
pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya.
|
Kelebihan
ikan radai,
kelebihan manusia akal.
(radai = sirip.) |
Tiap-tiap
sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing.
|
Orang
bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai.
|
|
Terlalu
gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri.
|
|
Keli dua selubang.
|
Seorang
perempuan yang mempunyai kekasih dua orang.
|
Musuh
dalam selimut.
|
|
Kelimpanan
mata dek pengelan. (kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau
sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.)
|
Dikecewakan
oleh orang yang diharapkan.
|
Kelip-kelip
terbang malam.
|
Hendak
menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.
|
Keluar
tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan.
|
Orang
yang tidak berharga dalam masyarakat.
|
Keluh
(kesah) tidur di
kasur, berkeruh di lapik penjemuran.
|
Kemewahan
ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup
miskin ada kalanya memberi kesenangan. (berkeruh = mendengkur.)
|
Anak
dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.
|
|
Kemahiran
itu sebaik-baik guru.
|
Sesuatu
pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.
|
Kebaikan
yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.
|
|
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar
manakan berbau.
|
Kepandaian
hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang
begitu saja.
|
Kemiri
jatuh ke pangkalnya.
|
Beroleh
tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya.
|
Kemudi
di haluan, bergilir ke rusuk.
|
Orang
yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan
sebagainya).
|
Kemudi
patah perahu
tembuk.
|
Kemalangan
yang silih berganti.
|
Kena
kecipak orang berbelut. (kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang
tertangkap dilubangnya.)
|
Terlibat
dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
|
Kena
luluk kandang kering.
|
Mendapat
kesusahan tidak pada tempatnya.
|
Kena parang bermata
dua.
|
Sangat
menyakitkan perasaan hati.
|
Kena
pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal.
|
Sindiran
(jawapan) yang tepat.
|
Kena-kena
seperti santan
bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala.
|
Suatu
perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika
benar, jadi kebajikan.
|
Kenal
dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya).
|
Orang
alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku
karangannya saja.
|
Kendur
mengusut, tegang memutus.
|
Pentadbiran
yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras
menimbulkan kerusuhan.
|
Kepala
ke bawah, kaki ke atas.
|
Bekerja
tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk.
|
Perempuan
yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah.
|
|
Kepala
sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain.
|
Lain
orang, lain fikirannya.
|
Mendapat
malu besar.
|
|
Suka
berpura-pura atau bermuka dua.
|
|
Sangat
gelisah.
|
|
Mendapat
sesuatu yang tak dapat dipergunakan.
|
|
Hendak
meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya.
|
|
Kera menegurkan
tahinya.
|
Barang
siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.
|
Kera menjadi monyet.
|
Tiada
bezanya.
|
Kerambil
tumbuh di matanya.
|
Kepala
negeri yang cerdik lagi hartawan,
|
Kerana
cenderawasih, merak mas (emas) dilepaskan.
|
Sesudah
mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.
|
Orang
kaya dapat mencapai apa saja maksud hatinya.
|
|
Orang
besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira
berlebih-lebihan. (lotong (lutung) = kera hitam.)
|
|
Kerana
mata buta, kerana hati mati.
|
Orang
yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.
|
Kerana
mendengar bunyi.
|
Terpedaya
kerana mendengar berita baik saja.
|
Kerana mulut badan binasa.
|
Mendapat
kecelakaan kerana perkataannya.
|
Kerana mulut kepala
terpenggal.
|
Mendapat
kecelakaan kerana perkataannya.
|
Mendapat
celaka kerana berkawan dengan orang jahat, atau kerana kesalahan orang lain.
|
|
Kerana
sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal.
|
Orang
yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.
|
Menghendaki
sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi.
|
|
Keras
bagai batu, tinggi bagai langit.
|
Tiada
mahu menurut perintah; keras kepala.
|
Keras
ditakik, lunak disudu.
|
Perintah
haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.
|
Telah
putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.
|
|
Melakukan
sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya.
|
|
Orang
yang sudah terkenal kejahatannya.
|
|
Orang
besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.
|
|
Kerbau dipegang
tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.
|
Janji
yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada
janjinya itu.
|
Anak
dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik.
|
|
Harta-benda
harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.
|
|
Siapa
yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.
|
|
Kerbau pembulang
tali.
(membulang = mengikat tali ke kepala.) |
Orang
yang berbolak-balik fikirannya atau yang tiada tetap hatinya.
|
Orang
lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat
pujian.
|
|
Orang
lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat
pujian.
|
|
Kerbau sekandang
dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga.
|
Kerbau sekawan
boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal.
|
Kering
pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.
|
Orang
miskin yang harus bekerja setiap masa.
|
Kering tempayan,
cebok pun jauhlah.
|
Setelah
harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.
|
Keris panjang
berkeluk, ke mana bawa ke mana olok.
|
Orang
yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian.
|
Kata-kata
lebih tajam daripada senjata.
|
|
Perbuatan
yang pandir.
|
|
Kerja
baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan.
|
Kerja baik
dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai.
(berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini.) |
Kerja raja dijunjung, kerja
kita (= sendiri) dikelek.
|
Menyambilkan
pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa
di bawah ketiak.
|
Kerja
sebarang hebat, kasih sebarang tempat.
|
Bekerja
dengan tidak menurut peraturan.
|
Kerja
sebarang hubah, kasih sebarang tempat.
|
Kerja
apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (hubah = suka.)
|
Kerosok
ular di rumpun
bambu.
(kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.) |
Ancaman
daripada orang yang pengecut.
|
Kesat
daun pimping.
(pimping = sejenis gelagah yang batangnya tiada berongga.) |
Lemah
tetapi dapat mendatangkan bahaya.
|
Orang
miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau
ada perangai yang baik, ada juga faedahnya.
|
|
Ketam (= kepiting)
menyuruhkan anaknya berjalan betul.
|
Orang
yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang
dinasihatkannya itu.
|
Ketika
ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan.
|
Berhemat
cermat dalam penghidupan.
|
Kiasan
pada zaman yang sudah silam.
|
|
Khabar
jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.
|
Tiap-tiap
khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan
tertipu.
|
Kicang-kecoh
ciak.
(kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.) |
Sesuatu
perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya.
|
Orang
dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri
asalnya.
|
|
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak
basah.
(kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu.) |
Terlalu
degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa.
|
Kilangan
patah awak itulah menghimpitnya.
(kilangan = apitan tebu.) |
Mendapat
celaka kerana kesalahan sendiri.
|
Orang
yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.
|
|
Kilat
di dalam kilau, kabus di dalam hujan.
|
Dalam
tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.
|
Kini gatal besok digaruk.
|
Pertolongan
yang terlambat datang.
|
Kita
baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang.
|
Orang
yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.
|
Kita
membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.
|
Kita
menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.
|
Kita
semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing.
|
Masing-masing
orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.
|
Beroleh
sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya.
|
|
Kokok
berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (bergelumang = kotor berlumur.)
|
Seseorang
yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.
|
Korek
lubang ulat.
|
Sengaja
mencari perselisihan.
|
Kotor
dicuci, berabu dijentik.
|
Apa
yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.
|
Koyak baju mahu ukur badan.
|
Merosakkan
sesuatu yang hendak disempurnakan.
|
Koyak
tak berbunyi.
|
Melakukan
sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.
|
Kuah
sama dihirup, sambal
sama dicolek.
|
Bersama-sama
dalam senang dan susah.
|
Perkahwinan
antara kaum keluarga
sendiri.
|
|
Kuah
tumpah (= tertuang) ke nasi.
|
Anak
yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.
|
Orang
yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.
|
|
Kuat
akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
|
Kelebihan
seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.
|
Kuat
berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.
|
Kekuatan
sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar
kerana rakyatnya yang bersatu padu.
|
Merasa
kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada
kuasanya.
|
|
Orang
besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya.
|
|
Merasa
kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada
kuasanya.
|
|
Kuat
lilit kerana simpulnya.
|
Kekuatan
persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.
|
Kuat
sepit kerana kempa. (kempa = apitan.)
|
Orang
kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di
belakang.
|
Kuat tertawa
koyak bibir.
|
Bersuka-sukaan
yang akhirnya mendatangkan kesusahan.
|
Kubur
kata mari, rumah
kata nanti.
|
Orang
yang sudah lanjut usianya.
|
Apabila
ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.
|
|
Kesusahan
atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.
|
|
Tiap-tiap
suatu itu akan kembali kepada asalnya.
|
|
Kuda pelejang bukit.
|
Orang
yang menjadi kakitangan orang lain.
|
Kuda tua:
diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.
|
Menghadapi
sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Kuda yang baik tak
bercerai daripada pelananya.
|
Orang
yang rajin senantiasa disuruh orang.
|
Orang
yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi.
|
|
Kudis menjadi
tokak.
|
Perkara
kecil menjadi besar.
|
Kukur
apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.
|
Memang
mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang
mengerjakannya.
|
Kulai-balai
bagai cangkul
sisa pengait (= dikait). (kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.)
|
Orang
yang lemah-lembut gerak gerinya.
|
Kulit
hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk.
|
Orang
yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang
pun yang tahu.
|
Kuman
di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.
|
Kesalahan
orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.
|
Kuman
menjadi barah (= pekung).
|
Perkara
kecil menjadi besar.
|
Kumbang terbang
tak bersaing.
|
Terlalu
cepat.
|
Persetujuan
atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.
|
|
Mudah
dihasut atau dipujuk.
|
|
Kura-kura
(hendak) memanjat kayu.
|
Berbuat
sesuatu yang mustahil.
|
Kura-kura
di atas dahan.
|
Orang
bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.
|
Bertanya
sesuatu yang sudah diketahui.
|
|
Kerana
mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan
yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
|
Kura-kura
di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar.
|
Kerana
mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan
yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
|
Kura-kura
kakinya tiada basah.
|
Mendapat
keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Kura-kura
pandai kerabat kayu.
(kerabat = panjat.) |
Berbuat
sesuatu yang mustahil.
|
Kurang
budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.
|
Orang
yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat
kesusahan.
|
Kurang
kerat, rengkuh yang lebih.
|
Usaha
tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.
|
Kurang
luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.
|
Ingin
mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati.
|
Kurang
sesayat (= seiris) sebelanga.
|
Hampir
cukup bilangan; sedikit saja yang kurang.
|
Tak
akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
|
|
Kurang
taksir hilang laba.
|
Kalau
kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.
|
Kurang
tambah menambah, senteng bilai-membilai.
|
Bertolong-tolongan
dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. (senteng = kurang cukup; bilai =
sambung.)
|
Kurang-kurang
bubur,
lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).
|
Perkara
kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit
tetapi terlalu besar cakapnya.
|
Kurus
kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang.
|
Kurus
sekali kerana sakit.
|
Kusut
di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai.
|
Seluruh
pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.
|
Kusut
di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.
|
Pembicaraan
yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.
|
Kusut
diselesaikan, keruh diperjernih.
|
Segala
perselisihan hendaklah didamaikan.
|
Biar
mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati
di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat.
|
L
Maknanya
|
|
Laba
sama dibagi, rugi sama diterjuni.
|
Persahabatan
yang sangat karib.
|
Laba
tertinggal, harta lingkap.
|
Laba
tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.
|
Labu
dikerbuk tikus.
|
Gadis
yang sudah kehilangan daranya.
|
Ladang
yang berpunya.
|
Perempuan
yang sudah kahwin.
|
Lading
tajam sebelah.
(lading = sejenis alat perang.) |
Selalu
mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi.
|
Lading
tak tahu akan majalnya. (majal = tumpul, tidak tajam.)
|
Tidak
insaf akan keadaan dirinya.
|
Cakap
besar, tetapi tiada berisi.
|
|
Lagi
jatuh ditimpa tangga.
|
Berturut-turut
mendapat kesusahan.
|
Lagi
lauk lagi nasi.
|
Makin
kaya, makin banyak sahabatnya.
|
Lagi lebai lagi berjanggut.
|
Berilmu
dan berbudi.
|
Lagi
murah, lagi ditawar.
|
Makin
diberi, makin banyak lagi yang diminta.
|
Lagi
teduh lagi berkajang.
|
Melakukan
sesuatu dengan sebaik-baiknya.
|
Lagi
terang lagi bersuluh.
|
Perbuatan
yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan
tenaga dan wang.
|
Lagi
tongkat lagi senjata.
|
Makin
kaya, makin banyak sahabatnya.
|
Lah
baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut.
|
Pekerjaan
yang dilakukan menurut aturannya.
|
Lah
karam maka bertimba.
|
Setelah
mendapat celaka baru ingat.
|
Lah ke
tengah makan api.
|
Perselisihan
yang telah mendalam, maka susah didamaikan.
|
Lah
panas hari, kacang
lupa akan kulitnya.
|
Orang
yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya.
|
Lah
sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak.
|
Mendapat
malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.
|
Lah
tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung. (menarung = menyentuh,
menyerandung.)
|
Orang
miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin
mencelakakan dirinya.
|
Lain
bengkak lain bernanah.
|
Orang
lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
|
Lain biduk lain digalang.
|
Jawab
yang bersalahan dengan pertanyaan. (galang = penyangga, landasan.)
|
Lain di
mulut, lain di
hati.
|
Yang
dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati.
|
Lain
diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi.
|
Yang
diperoleh lain daripada yang dikehendaki.
|
Lain dulang
lain kaki, lain orang lain hati.
|
Masing-masing
orang dengan kesukaannya.
|
Lain
galang, lain perahu
yang disorong.
|
Berlainan
perbuatan daripada tujuannya.
|
Lain gatal lain digaruk.
|
Lain
soal lain jawabnya.
|
Lain
lubuk, lain ikannya.
|
Adat negeri selalu
berlain-lainan.
|
Lain
luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh.
|
Lain
yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang
merasa susah. (menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.)
|
Tidak
sama pembawaan dan kesukaan.
|
|
Lain
orang memperanakkan, lain orang dipanggil bapa.
|
Balasan
yang tidak pada tempatnya; lain orang yang berbuat baik lain orang pula yang
mendapat penghargaan.
|
Orang
lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.
|
|
Lain
orang, lain pendapat.
|
Masing-masing
orang dengan kesukaannya.
|
Lain
padang lain belalang.
|
Adat negeri selalu
berlain-lainan.
|
Lain
sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.
|
Jawab
yang bersalahan dengan pertanyaan.
|
Lain
teringat lain disebut; bertukar angguk dengan ilallah.
(ilallah = hujung kalimat lailahailallah.) |
Perbuatan
yang bertentangan dengan perkataan.
|
Lain
yang bengkak, lain yang bernanah; lain yang untut, lain yang
mengisut.
|
Orang
lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.
|
Laki
pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.
|
Urusan
sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
|
Laksana
antah lemukut (= melukut), lapar sangat baru berguna.
|
Sesuatu
yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan
berguna juga.
|
Laksana
apung di tengah laut;
dipukul ombak jatuh ke tepi.
|
Hidup
melarat di negeri asing.
|
Laksana
apung dipermainkan gelombang.
|
Hidup
melarat di negeri asing.
|
Laksana
barang derham, sedia ada suratan Istanbul.
|
Pekerjaan
mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa.
|
Laksana
barang yang disadur.
(sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.) |
Tak
tahan uji.
|
Sangat
kuat dan teguh. (embat = pukul; manau = rotan besar.)
|
|
Laksana
batik lasam.
|
Sesuatu
yang makin lama dipakai, makin baik. (lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di
Jawa.)
|
Laksana
binatang umang-umang di mana sarang udang di situ
tempat menumpang.
|
Orang
yang hidupnya bergantung kepada orang lain.
|
Laksana
buah bemban, masak jatuh ke lumpur.
|
Menghilangkan
diri.
|
Laksana
buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri.
(lum = ranum.) |
Orang
tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat.
|
Orang
yang elok dan tampan tetapi berbudi bahasa.
|
|
Laksana
buntal
kembung, perut buncit di dalamnya kosong.
|
Orang
yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.
|
Laksana
burung diam
dalam sangkar.
|
Orang
yang terikat hidupnya.
|
Laksana
cempedak
mambung, pulur saja jual tak laku.
|
Perempuan
gemuk yang tidak disukai orang.
|
Laksana
golok kayu,
ditetakkan tak makan, dijual tak laku.
|
Pengetahuan
yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun.
|
Laksana
janda baru bangun tidur.
|
Perempuan
yang benar-benar cantik. (jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai
untuk menangkap ikan.)
|
Laksana
jauk penjauk yang kerap.
|
Terlalu
kikir.
|
Sangat
rindu.
|
|
Laksana
kain (= benang) putih.
|
Sentiasa
menurut perkataan orang; kanak-kanak yang masih kecil.
|
Laksana
kain tiga hasta.
|
Serba
tanggung.
|
Terlalu
menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan.
|
|
Lari
bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.
|
|
Laksana
kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (=
terjengit-jengit).
|
Orang
yang tidak tahu membawa diri.
|
Suka
membesar-besarkan perkara yang kecil.
|
|
Tidak
mengendahkan bahaya, kerana melihat barang yang digemarinya.
|
|
Lelaki
yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana.
|
|
Laksana
layang-layang
melawan angin.
|
Perbuatan
yang sia-sia.
|
Laksana
layang-layang
putus teraju.
|
Tinggal
berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
|
Laksana
layang-layang
salah teraju.
|
Anak-anak
muda yang menurut jalan yang salah.
|
Laksana
lembu dogol (=
dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.
(dogol = tidak bertanduk.) |
Orang
yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya.
|
Orang
yang besar tubuh tetapi penakut.
|
|
Laksana
lemping terbuang.
|
Bagi
orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi
orang yang miskin sangatlah besar ertinya. (lemping = sejenis kuih.)
|
Laksana
mencari sungai
yang tiada berhulu.
|
Berpenat
lelah dengan sia-sia saja.
|
Laksana
pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat.
(pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.) |
Orang
yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja.
|
Laksana
pohon kayu tiada berbuah.
|
Ilmu
yang tiada diamalkan.
|
Laksana
sampan pukat.
|
Orang
yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.
|
Laksana
sebuku gaharu,
sukat dibakar makin berbau.
|
Baru
memperlihatkan keunggulannya bila perlu.
|
Laksana
taji dibentuk.
|
Kening
yang elok.
|
Laksana
terung bertunang ikan
kering.
|
Sangat
sesuai.
|
Lalang
yang terbakar, sicerek menumpang mati.
(sicerek = sejenis tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.) |
Terlibat
dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
|
Orang
lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.
|
|
Lalat memanglah
mencari puru.
|
Lelaki
yang jahat memang mencari perempuan jahat.
|
Lalu
hangus, surut layu.
|
Keadaan
yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah.
|
Lalu
penjahit, lalu kelindan.
|
Apabila
usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan
tercapai juga.
|
Lambat
laga asalkan menang.
|
Biar
lambat asalkan maksud tercapai.
|
Lampai
bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda.
|
Puji-pujian
terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.
|
Dalam
keadaan payah.
|
|
Jika
terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga.
|
|
Lamun
takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.
|
Kalau
takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.
|
Lancar
kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut.
(pasar = licin, mati rumput.) |
Kepandaian
atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih.
|
Pencuri
yang tidur waktu
siang, dan berjaga waktu malam.
|
|
Kedudukan
atau pekerjaan yang tidak tetap.
|
|
Langit
akan disigai, tebat akan disiar.
|
Ingin
berbuat sesuatu yang mustahil.
|
Fikiran
yang menurut hawa nafsu
akhirnya membawa kepada kehinaan.
|
|
Langit
dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.
(kambut = sejenis bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.) |
Kesalahan
orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.
|
Langit
menimpa kepala, bumi
memegang kaki.
|
Hidup
yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.
|
Langit
menyungkup kepala.
|
Sesuatu
yang tidak dapat diatasi lagi.
|
Langit
runtuh, bumi cair.
|
Segala
harapan sudah musnah.
|
Langit
runtuh, bumi telah
terban.
(terban = runtuh.) |
Segala
harapan sudah musnah.
|
Langit
yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai.
|
Berhajat
kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada.
|
Langkah
yang telah terlangkahkan.
|
Sesuatu
yang sudah dimulai melakukannya.
|
Langkas
buah papaya.
(langkas = luruh kerana terlampau masak.) |
Suatu
perkara yang mustahil.
|
Lantai
dan dinding bertelinga belaka.
|
Mempercakapkan
sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat.
|
Lapuk
oleh kain sehelai.
|
Beristeri
atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.
|
Lapuk-lapuk
diganti, usang-usang dibarui.
|
Adat atau peraturan
yang tak baik diganti atau diperbaiki.
|
Laut budi tepian akal
(= ilmu).
|
Orang
cerdik pandai atau cendekiawan.
|
Laut datang memunggah
mutiara.
|
Orang
pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita.
|
Laut ditembak, darat
kena.
|
Beroleh
sesuatu yang tidak dihajatkan.
|
Laut ditimba akan
kering.
|
Harta
yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan.
|
Perkataan
yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.
|
|
Segala
usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.
|
|
Orang
besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang
diminta daripadanya. (latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah
pohon.)
|
|
Lautan
dapat diduga, hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya.
|
Hati
manusia tiada siapa yang mengetahuinya.
|
Lautan
yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa
isinya.
|
Negeri
yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga
sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya.
|
Lautan
yang dalam sudah diselami, ini pula air dalam terenang.
|
Orang
yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi
pekerjaan yang kecil.
|
Bergurau
senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.
|
|
Layang-layang
putus talinya.
|
Tinggal
berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
|
Layar menimpa
tiang.
|
Kawan
menjadi lawan.
|
Akan
menyatakan kematian seorang pembesar negeri.
|
|
Pakaian
dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.
|
|
Lebih
baik berputih tulang
daripada berputih mata.
|
Lebih
baik mati daripada menanggung malu.
|
Lebih
baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.
|
|
Lebih
berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
|
Lebih
baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat
sekawan.
|
Lebih
pucuk, lebih pelepah?
|
Mana
baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).
|
Lebuh
sempit kuda
penyepak, jalan licin tebing berkelok.
|
Kesulitan
(kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.
|
Lecah
di kaki.
|
Seorang
lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang
saja.
|
Membuat
pekerjaan yang merugikan.
|
|
Leka
senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.
|
Gilakan
seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.
|
Lekuk
batu dititik air
selalu.
|
Biar
bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi
pandai juga.
|
Lelar
makan di upih, lagi putih lagi dikeruk.
|
Perbuatan
yang dilakukan kerana nafsu akhirnya akan mendatangkan bencana dan penyesalan.
|
Lemah
(= lunak) tersudu, keras tak tertakik.
|
Orang
yang teguh pendiriannya. (takik = toreh pada kayu.)
|
Lemah liat
kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat.
|
Pada
lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau
dipermain-mainkan.
|
Lemah
melapis condong menopang.
|
Tolong-menolong
satu sama lain.
|
Lemah-lembut
lintah, melekat payah lucut.
|
Orang
yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah
diperolehnya.
|
Lemah-lembut
santan
berlada.
|
Perkataan
yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.
|
Lemak manis
jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.
|
Sesuatu
nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman
janganlah pula ditolak mentah-mentah.
|
Lemak
manis pada dialah, pahit maung pada orang.
|
Orang
yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.
|
Lemak
penyelar daging. . (penyelar = penggoreng.)
|
Memboroskan
harta benda tuannya
|
Lembah
diraih, pantai dititi.
|
Sikap
yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. (raih = tarik.)
|
Lembu
dogol jangan dibalun.
|
Orang
yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh.
|
Lempar bunga dibalas
lempar tahi.
|
Kebaikan
dibalas dengan kejahatan.
|
Lempar(kan)
batu sembunyi(kan) tangan.
|
Berbuat
jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu.
|
Lemukut
di tepi gantang.
|
Sesuatu
yang tidak dihargakan sangat.
|
Lengan
bagai lilin
dituang.
|
Lengan
yang cantik.
|
Lenggang
bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu.
|
Orang
yang tidak sedarkan kekurangan dirinya.
|
Lenggang
lenggok bagai cupak hanyut.
|
Gaya
langkah yang lemah-lembut.
|
Lenggang
patah sembilan.
|
Gaya
langkah yang lemah-lembut.
|
Lengkuas
di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan menyandang.
|
Tiap-tiap
yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.
|
Lepas bantal berganti
tikar.
|
|
Lepas
kaki leher
terjerat.
|
Orang
jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.
|
Lepas
putih hitam tak dapat.
|
Yang
diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang.
|
Lepas
topan (taufan) paksa baik.
(paksa = kesempatan, waktu.) |
Habis
kesusahan timbullah kesenangan.
|
Lesung
mencari antan (= alu).
|
Perempuan
mencari lelaki.
|
Lewat
di manis, masam; lewat di harum, busuk.
|
Hilang
yang baik, timbul yang jahat.
|
Licin
bagai basuh perahu.
|
Menderita
kerugian.
|
Licin
bagai belut.
|
Tidak
mudah ditipu atau ditangkap.
|
Gagah
atau angkuh kerana harta orang lain. (selang = pinjam.)
|
|
Lidah
bercabang.
|
Selalu
berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
|
Lidah biawak.
|
Selalu
berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
|
Lidah
terganjal.
|
Tidak
dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan
sebagainya.
|
Lidah
terkalang.
|
Tidak
dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan
sebagainya.
|
Lidah
tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.
(petik = gerak lidah.) |
Orang
yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya.
|
Lidah
tidak bertulang.
|
Mudah
berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.
|
Lidahnya
masin.
|
Perkataannya
diturut, permintaannya diterima.
|
Lihat
anak pandang menantu.
|
Menganggap
orang lain sama saja dengan dirinya sendiri.
|
Limau
masak sebelah, perahu
karam sekerat.
|
Hukuman
yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
|
Linggi
diserang, Riau yang alah.
|
Menyerah
tanpa berjuang.
|
Longgar
sendat, lapang bertukul.
|
Berpura-pura
menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya.
|
Lonjak
sebagai labu
dibenam.
|
Sombong,
angkuh.
|
Lubuk
(men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk.
|
Nasib
manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin
menjadi kaya.
|
Lubuk
akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).
|
Sangat
luas dan banyak pengetahuan.
|
Masing-masing
orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri.
|
|
Luka di
tangan dapat diubat (= tampak berdarah), luka di hati siapa tahu?
|
Kesedihan
atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.
|
Luka
sudah hilang, parutnya tinggal juga.
|
Orang
yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih
teringat juga.
|
Luka
tangan kerana berebutkan tembikar pecah.
|
Mendapat
bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.
|
Lulus
(= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.
|
Apabila
usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan
tercapai juga. (lulus = masuk)
|
Lulus
tabuh perhatian.
|
Hati
lapang dan lega; sangat suka. (tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.)
|
Lulus
tidak berselam, hilang tidak bercari.
|
Orang
yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. (lulus =
maksudnya terbenam dalam air.)
|
Lunak
disudu, keras ditakik.
|
Yang
menurut dilakukan dengan lemah lembut, sedang yang melawan harus dikerasi.
|
Lunak
gigi daripada lidah.
|
Merendahkan
diri; bersikap lemah-lembut.
|
Lupa
ketinggalan, terlelap kemalingan.
(lelap = tidur; kemalingan = kecurian.) |
Kurang
hati-hati mengakibatkan kerugian.
|
Lupa
mengingatkan, terlelap menjagakan.
|
Ingat
mengingatkan antara orang yang bersahabat.
|
Lupak
(men)jadi perigi (= telaga).
|
Orang
miskin menjadi orang kaya.
|
Lurah
dituruni, bukit didaki.
|
Gigih;
tak mengenal lelah; azam yang kuat.
|
Lurah
juga diturut air,
bukit juga dilejang panas.
|
Orang
yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat
pula yang selalu dituduh.
|
Lurah
tidak terturuni, bukit tidak terdaki.
|
Teramat
tua dan daif.
|
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang.
|
Lain
yang dihajatkan lain yang diperoleh.
|
Lurus
bagai piarit.
(piarit = serampang, seruit.) |
Kelihatannya
baik, tetapi di dalam hatinya jahat
|
Lurus
lubang lurus penjolok.
(penjolok = galah untuk menjolok.) |
Pemerintahan
dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya.
|
Lurus
sebagai sumpitan.
|
Lurus
hati benar.
|
Lurus sumpitan hendak mengena.
|
Tipu
muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.
|
Lurus-lurus
ekor anjing,
walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.
|
Orang
yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya
hendak berbuat jahat.
|
Lurus-lurus
sumpitan.
|
Tipu
muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.
|
Lutung
(lotong) kekah
kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.
(kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.) |
Kesudahan
bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan
|
No comments:
Post a Comment