C
Maknanya
|
|
Orang
kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
|
|
Anak
orang bangsawan
diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh
orang yang lemah.
|
|
Orang
hina menjadi orang mulia.
|
|
Cakak
sudah, silat teringat.
(cakak = kelahi.) |
Perkara
sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan.
|
Cakap
berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.
|
Cakapnya
saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya.
|
Cakap
berlauk-lauk makan dengan sambal lada.
|
Cakapnya
seperti orang kaya, padahal miskin.
|
Cakapan
sejengkel dibawa sehasta.
|
Berlebih-lebihan
daripada hal yang sebenarnya.
|
Calak-calak
ganti asah, menanti tukang belum datang.
calak-calak = lampas. |
Dipakai
untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik;
sekadar untuk mencukupi keperluan saja. |
Campak
baju nampak kurap
seperti anak kacang hantu.
|
Orang-orang
muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain
di jalan-jalan raya.
|
Campak
baju nampak kurap.
|
Mendedahkan
keburukan diri sendiri.
|
Campak bunga dibalas
dengan campak tahi.
|
Kebaikan
dibalas dengan kejahatan.
|
Melakukan
sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.
|
|
Cari
umbut kena buku.
|
Mencari
yang baik, mendapat yang buruk.
|
Carik-carik
bulu ayam,
lama-lama bercantum juga.
|
Perselisihan
sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
|
Cekarau
besar liang.
(cekarau = sejenis tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.) |
Besar
bualannya dan suka membuka rahsia orang.
|
Cekel
berhabis, lapuk berteduh.
(cekel = kikir, pelit.) |
Biarpun
kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja.
|
Cekur jerangau ada
lagi di ubun-ubun.
|
Belum
dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman.
|
Cekur jerangau
belum habis lagi.
|
Belum
dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman.
|
Celaka ayam, padi masak
makan ke hutan.
|
Nasib
yang malang.
|
Celaka
tiga belas.
|
Malang
sekali.
|
Cembul
dengan tutupnya.
|
Sesuai
benar.
|
Cemperling
nak jadi bayu.
(bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan.) |
Orang
kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
|
Cencang
air tidak putus, pancung abu tak berbekas.
|
Perselisihan
sesama keluarga
itu akhirnya akan berbaik kembali.
|
Cencang
dua segeragai.
(geragai = pengait untuk menangkap buaya.) |
Sekali
jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
|
Cencang
putus, biang tembuk.
|
Putusan
yang mengikat.
|
Cencang
terdadik jadi ukir.
(terdadek = tersesat.) |
Kesalahan
yang tiada disengajakan, tetapi mendatangkan kebaikan.
|
Cencaru makan petang.
|
Pekerjaan
yang lambat mendatangkan hasil yang
baik.
|
Cengkeling
bagai ular dipukul
(= dipalu).
(cengkeling = berbelit-belit.) |
Geliang-geliut
kerana kesakitan.
|
Cepat
kaki ringan tangan.
|
Rajin
dan giat.
|
Cepat
tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.
|
Jika
kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki
serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.
|
Cerdik
bagai ekor kerbau.
|
Melakukan
sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.
|
Biarpun
cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang
selalu menanggung rugi.
|
|
Cerdik perempuan
meleburkan, saudagar muda menghutangkan.
|
Menuruti
orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.
|
Cermat
masa banyak, jimat masa sedikit.
|
Selalu
berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.
|
Cik
puan melangkah ular
tak lepas.
|
Gerak-geri
perempuan
yang lemah lembut.
|
Gadis
yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.
|
|
Cium
tapak tangan, berbaukah atau tidak?
|
Lihat
diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.
|
Condong
ditumpil, lemah dianduh.
(ditumpil = ditunjang.) |
Memberi
pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di
dalam kesusahan.
|
Condong
puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya.
(puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.) |
Tiap-tiap
orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain.
|
Condong
yang akan menimpa.
|
Perbuatan
yang sangat membahayakan.
|
Condong
yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.
|
Pemimpin
yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa
rakyatnya itu.
|
Corak
kain mengikut kehendak penenunnya.
|
Undang-undang
sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut
ajaran gurunya.
|
Kerjakan
terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.
|
|
Cubit
paha kanan, paha kiri pun merasa juga.
|
Jika
seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.
|
Cubit
paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain.
|
Pandang
pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain.
|
Cupak berkeesaan.
|
Keadilan
hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau
pemeriksaannya.
|
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang
(=terentang).
(suri = pemidangan pada perkakas tenun.) |
Telah
lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan.
|
Cupak tegak yang diisi.
|
Aturan
yang masih tetap berlakulah yang diturut.
|
D
Maknanya
|
|
Dada
manusia tidak dapat diselam.
|
Pengetahuan
(fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.
|
Dagangan
bersambut yang dijualnya.
(dagangan bersambut = barang amanah.) |
Cerita
daripada orang lain yang diceritakannya.
|
Dahan
pembaji batang.
|
Menggunakan
harta benda tuannya.
|
Dalam
berselam, dangkal berjingkat.
|
Penghasilan
yang sedikit itu dipada-padakan.
|
Dalam
dua tengah tiga.
|
Tidak
jujur.
|
Dalam
laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.
|
Pengetahuan
(fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.
|
Dalam
menunduk dia menyonggeng.
(songgeng (menyonggeng) = tonggeng.) |
Lahirnya
dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.
|
Dalam
menyelam, cetek bertimba.
|
Penghasilan
yang sedikit itu dipada-padakan.
|
Mencari
keuntungan atas ongkos orang lain.
|
|
Dalam
sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan.
(ajuk = duga.) |
Telah
diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang.
|
Dapat
dihitung (= dibilang) dengan jari.
|
Sangat
sedikit.
|
Dapat durian runtuh.
|
Mendapat
keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapat harta karun.
|
Mendapat
keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapat
harta timbul.
|
Mendapat
keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapat kijang teruit.
|
Mendapat
keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapat tebu rebah.
|
Mendapat
keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
|
Dapur
tidak berasap.
|
Terlalu
miskin.
|
Darah
setampuk pinang.
|
Belum
berpengalaman.
|
Dari
ajung (= jung) turun ke sampan.
|
Diturunkan
pangkat.
|
Dari
jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata.
|
Umpat
dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.
|
Dari
lecah, lari ke duri.
|
Menghindarkan
diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar.
|
Dari
semak ke belukar.
|
Menceraikan
isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan [perempuan]] yang lebih jahat lagi;
meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. |
Dari telaga yang
jernih, tak akan mengalir air yang keruh.
|
Daripada
sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.
|
Dari telaga yang
keruh, tak akan mengalir air yang jernih.
|
Daripada
tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.
|
Sedikit
pun cukuplah daripada tiada langsung.
|
|
Daripada
hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah. (kalang = galang.)
|
Lebih
baik mati daripada menanggung malu.
|
Daripada
hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga.
|
Lebih
baik mati daripada menanggung malu.
|
Daripada
segenggam jadi segantang.
|
Bernasib
baik.
|
Datang
nampak muka, pergi nampak belakang.
|
Datang
dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi
hendaklah memberitahu.
|
Datang
seperti ribut, pergi seperti semut.
|
Tentang
penyakit.
|
Datang
tak berjemput, pulang tak berhantar.
|
Tetamu
yang tidak penting.
|
Datang
tampak muka, pulang tampak punggung.
|
Datang
dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi
hendaklah memberitahu.
|
Datang
tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut.
|
Tentang
penyakit.
|
Datar
bak lantai papan, licin bak dinding cermin.
|
Keputusan
yang sangat adil.
|
Daun dapat dilayangkan,
getah jatuh ke perdu juga.
|
Tiada
sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara.
|
Memberi
nasihat dan ajaran yang sia-sia.
|
|
Daun 'lah melayang,
buah jatuh ke perdu juga.
|
Tiada
sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara.
|
Daun mengenalkan
pohonnya.
|
Daripada
kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya.
|
Kalau
segan bertanya tentulah timbul salah faham.
|
|
Daunnya jatuh melayang,
buahnya jatuh ke pangkal juga.
|
Orang
yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan
ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.
|
Degar-degar
merapati.
(degar-degar = bunyi kayu dipukul.) |
Perselisihan
antara kaum keluarga
atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan.
|
Dek
sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga.
(berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.) |
Adat
yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat.
|
Dekat
dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
|
Perkataan
atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.
|
Dekat
tak tercapai, jauh tak berantara.
|
Sesuatu
yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.
|
Dendang menggonggong telur.
|
[Perempuan]]
hodoh berpakaian bagus.
|
Dengan
kartu terbuka.
|
Dengan
terus terang.
|
Dengar
cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap
orang, terjun masuk lubuk.
|
Sesuatu
pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan
jangan sekali-kali mendengar cakap orang.
|
Dengarkan
cerita burung,
anak dipangku dilepaskan.
|
Kerana
mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.
|
Deras
datang dalam kena.
|
Pekerjaan
yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.
|
Deras
seperti anak panah.
|
Terlalu
cepat.
|
Destar
habis, kopiah
luluh.
|
Menderita
kemalangan terus-menerus.
|
Di
bawah ketiak orang.
|
Di
bawah kekuasaan orang.
|
Di
bawah lancung nan tiris.
(di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.) |
Seseorang
yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali.
|
Di
bawah lantai nan tiris.
|
Seseorang
yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali.
|
Di
belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah
ia berpusing ligat pula.
(mengeting = memotong urat keting.) |
Menghadapi
seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah.
|
Di hulu
keruh di hilir pun tentu keruh juga.
|
Kalau
asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga.
|
Di laut
angkatan, di darat kerapatan.
|
Kekuatan
di laut bergantung kepada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung
kepada persatuan.
|
Di luar
bagai madu, di dalam bagai empedu.
|
Lahirnya
baik, batinnya jahat.
|
Di luar
berkilat di dalam berongga.
|
Lahirnya
baik, batinnya jahat.
|
Di luar
merah di dalam pahit.
|
Lahirnya
baik, batinnya jahat.
|
Di
lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut.
|
Orang
yang tiada bersalah menerima hukuman.
|
Di
lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air.
|
Berkehendakkan
sesuatu tidak pada tempatnya.
|
Di mana
api padam, di situlah (= di sanalah) puntung tercampak; di mana periuk pecah,
di situlah tembikar tinggal.
|
Di mana
mati di situlah dikuburkan.
|
Di mana
batang terguling, di situ cendawan tumbuh.
|
Di mana
timbul perkara di situlah diselesaikan.
|
Di mana
buah masak, di situ burung banyak tampil.
|
Di mana
banyak kesenangan, di situ pula banyak orang datang.
|
Di mana
bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.
|
Hendaklah
menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
|
Di mana
bunga kembang,
di situ kumbang banyak.
|
Di mana
ada gadis, di situ ada anak-anak muda.
|
Di mana
kapak jatuh, di
situ baji makan.
|
Di mana
timbul perkara di situlah diselesaikan.
|
Di mana
kayu bengkok, di sanalah musang meniti.
|
Tempat
yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan
mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.
|
Di mana
perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman,
ramai penduduknya.
|
|
Di mana
lalang habis, di situ api padam.
|
Di mana
mati di situlah dikuburkan.
|
Di mana
makan di situ berak.
|
Berbuat
jahat di tempat mencari rezeki.
|
Di mana
ranting dipatah, di situ air disauk.
|
Hendaklah
menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
|
Di mana
tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh.
|
Di mana
timbul perkara di situlah diselesaikan.
|
Di mana
tempat kutu hendak
makan kalau tidak di atas kepala.
|
Menghabiskan
harta ibu bapa atau harta majikan.
|
Di mana
tumbuh, di situ disiang.
|
Jika
terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan
di situ juga.
|
Di
manakah berteras kayu mahang.
|
Sesuatu
yang mustahil tak usah diharapkan sangat.
|
Di
mudik sebulakan, di hilir semuara.
(bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang.) |
Persatuan
yang kukuh.
|
Di
padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket.
|
Orang
yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri
disimpan atau disembunyikan.
|
Di
reban sendiri melegas, di reban orang meromok.
(melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan (seperti kuda); meromok = duduk meringkuk.) |
Berani
di rumah
sendiri, tetapi takut di tempat orang.
|
Suka
bertandang dan makan di rumah orang.
|
|
Orang
yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di
tempat itu tidak ada orang yang pandai.
|
|
Kiasan
kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.
|
|
Dialas
bagai memengat.
(memengat = memasak pengat.) |
Berkata
dengan cukup alasan.
|
Diam di
laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru.
|
Tidak
menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik.
|
Diam
penggali berkarat.
|
Ilmu
yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang.
|
Musuh
yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan.
|
|
Diam-diam
ubi berisi, diam besi (= penggali) berkarat.
|
Pendiam
tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.
|
Dian
sebatang dinyalakan hujung pangkalnya, teraba-teraba sudahnya.
|
Orang
yang membazir tak dapat tiada akan menghadapi kesusahan.
|
Dianjak
layu, dibubut (= dianggur) mati.
(dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam; dibubut = dicabut.) |
Keputusan
yang tidak dapat diubah-ubah lagi.
|
Dianjung
seperti payung, diambak seperti kasur.
(dianjung = diangkat ke atas.) |
Orang
yang sangat dimuliakan.
|
Diapit
tidak bersanggit, ditambat tidak bertali. (sanggit = geser, gosok.)
|
[Perempuan]]
yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di
luar nikah.
|
Diasak
(= pindah) layu, dicabut mati.
|
Keputusan
yang tidak dapat diubah-ubah lagi.
|
Dibakar
tak hangus, direndam tak basah.
|
Sangat
berkuasa; tak mudah dikalahkan.
|
Dibalik-balik
bagai memanggang.
|
Difikirkan
masak-masak.
|
Dibalun
sebalun kuku, dibuka
selebar alam.
(balun = gulung.) |
Alam
rohani yang tak berbatas.
|
Dibenarkan
duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.
|
Diberi
sedikit, lalu hendak minta banyak.
|
Diberi
bahu, hendak kepala.
|
Perihal
anak yang dimanjakan.
|
Diberi
berkuku hendak mencengkam.
|
Diberi
kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.
|
Diberi
berpadang luas.
|
Diberi
kebebasan sepenuh-penuhnya.
|
Diberi
bertali panjang.
|
Diberi
kebebasan sepenuh-penuhnya.
|
Diberi
betis hendak paha.
|
Diberi
sedikit, lalu hendak minta banyak.
|
Diberi
sedikit, lalu hendak minta banyak.
|
|
Dibilang
genap, dipapar ganjil. (dipapar = dibentang.)
|
Lahirnya
saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.
|
Dibuang
yang keruh, diambil yang jernihnya.
|
Yang
buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai).
|
Dilakukan
dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.
|
|
Dicari cempedak di
bawah kerambil.
(kerambil = kelapa.) |
Mencari
tidak pada tempatnya.
|
Dicecah
orang bagai garam.
|
|
Dicocok
orang hidungnya.
|
Menurut
saja.
|
Dicukur-cukur
rambut, tumbuh juga semula.
|
Tabiat
jahat lambat-laun akan berbalik semula.
|
Didenda
dengan emas yang
habis, dipancung dengan pedang yang hilang.
|
Didenda
atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian.
|
Didengar
ada, dipakai tidak.
|
Nasihat
yang sia-sia.
|
Didukung
disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan.
|
Menolong
orang tidak pada tempatnya.
|
Didului
bak melanting babi.
(melanting = melempar.) |
Mendului
membuat sesuatu pekerjaan itu kadang-kadang berhasil baik.
|
Dielakkan
harimau, gajah
tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya. (londar = denai.)
|
Nasib
yang tidak dapat ditentukan.
|
Dientak
(hentak) alu luncung. (luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.)
|
Dialahkan
oleh orang yang bodoh.
|
Dientak
(hentak) tak masuk, diumpil tak bergerak.
|
Sangat
degil.
|
Digantung
tidak bertali.
|
Hal
seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan
suaminya tetapi belum ditalak.
|
Digantung
tinggi, dibuang jauh.
|
Tidak
berkuasa sedikit jua; lemah sekali.
|
Digantungkan
tinggi, digalikan dalam.
|
Perjanjian
yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.
|
Digenggam
takut mati, dilepaskan takut terbang.
|
Menghadapi
sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Digenggam
tiada tiris.
|
Sangat
berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.
|
Dihujani
kering, dijemur basah.
|
Berbuat
sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain.
|
Diidam
seperti babi
lemak. (diidam
= menaruh dendam.)
|
Dendam
yang tak habis.
|
Diimbau
berbunyi, dilihat bersua.
(diimbau = dipanggil.) |
Kebenaran
yang tak dapat dibantah.
|
Diindang
ditampi teras, dipilih antah satu-satu.
|
Jika
hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa
betul-betul jangan tersalah pilih.
|
Diiringkan
menyepak, dikemudiankan menanduk.
|
Keadaan
yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak
tentu fikirannya, tak diajak ia marah.
|
Dijemba-jemba
bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam.
(bersiang = membersih-bersihkan.) |
Mengatur-atur
sesuatu supaya baik.
|
Dijual
sayak, dibeli tempurung.
|
Yang
baru tidak berbeza daripada yang lama.
|
Dijunjung
merekah kepala, dipikul meruntuh bahu.
|
Perintah
atau hukuman yang sangat berat dan keras.
|
Dikacak
betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan. (dikacak = dipegang.)
|
Orang
yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga
tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong.
|
Dikatakan
berhuma lebar, sesapan di halaman.
(sesapan = semak belukar.) |
Memegahkan
harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak
seberapa.
|
Dikatakan
mati emak, tak dikatakan mati bapa.
|
Menghadapi
sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Dikati
sama berat, diuji sama merah.
|
Pangkat
atau kedudukan yang sama.
|
Dikembar seperti
benang.
|
[Perempuan]]
yang menduakan suaminya.
|
Dikerkah
dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung.
|
Tidak
mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.
|
Dikulum
menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam.
|
Diam
itu lebih baik daripada berkata-kata.
|
Membuat
sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja.
|
|
Dilahir
serupa tidak, dibatin menggunting angin.
|
Hidup
dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat
lebih banyak lagi.
|
Dilambai
tak nampak, diseru tak dengar.
|
Tiada
mahu mendengar nasihat orang.
|
Dilelar
timba ke perigi;
tak sekali, sekali pecah juga.
(lelar = berulang-ulang.) |
Sesuatu
perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga
padahnya.
|
Dilengah
(= dimabuk) beruk berayun.
|
Asyikkan
sesuatu yang tidak ada gunanya.
|
Dilihat
galas berlaba, dihitung pokok termakan.
|
Lahirnya
saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.
|
Dilihat
si pulut,
ditanak berderai.
|
Kelihatan
seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.
|
Dilumas
dengan daun
katang-katang.
|
Sangat
marah.
|
Dimakan
kapang habis berlubang. (kapang = sejenis teritip.)
|
Menderita
penyakit kelamin.
|
Dimakan
mati emak, diluahkan mati bapa.
|
Menghadapi
sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
|
Dimandikan
dengan air segeluk.
|
Pujian
yang tidak ada ertinya; pertolongan yang tidak mencukupi.
|
Diminta
tebu diberi
tembarau. (tembarau = gelagah, temerau.)
|
Yang
diberi berlainan daripada yang diminta.
|
Dinding
teretas, tangga terpasang.
(retas = toreh dengan senjata tajam.) |
Kejadian
yang sudah cukup buktinya.
|
Dipandang
dekat, dicapai tak boleh.
|
Sesuatu
yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.
|
Dipanggang
tiada hangus.
|
Selamat
dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.
|
Dipegang
lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis.
|
Orang
yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga
tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong.
|
Diperbesar
isap (hisap), hitam bibir.
|
Membelanjakan
wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.
|
Diperluas
parak, tidak disiangi.
|
Kalau
mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.
|
Dipujuk
dia menangis, ditendang dia tertawa.
|
Kelakuan
yang tidak senonoh.
|
Dipukul
lutut sakit, direngkuh siku ngilu.
|
Keadaan
yang serba salah.
|
Diraih
siku ngilu, direngkuh lutut sakit.
|
Keadaan
yang serba salah.
|
Diratapi
langau hijau.
|
Anak
dagang yang mati di rantau orang.
|
Direbus
tak empuk.
|
Sangat
sukar dikalahkan.
|
Direndam
tak basah.
|
Sangat
sukar dikalahkan.
|
Dirintang
siamang
berbuai.
|
Asyikkan
sesuatu yang tidak ada gunanya.
|
Disambut
dengan penyapu tak bersimpai.
|
Dihalau
keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.
|
Disangka
panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.
|
Disangka
akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya,
sehingga jatuh melarat.
|
Disangka
tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan.
|
Mendapat
bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil.
|
Disangkakan
bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut.
|
Orang
tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.
|
Disangkakan
langit itu rendah: dipandang dekat, dicapai tak dapat.
|
Sesuatu
pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya lebih dulu sebelum dikatakan mudah atau
susah.
|
Disigai
sampai ke langit.
|
Diselidiki
dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu.
|
Disisih
bagai antah.
|
Diasingkan
daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana
miskin.
|
Disuruh
dituruti, berserah sekehendak hati.
|
Harap-harap
percaya tidak.
|
Disuruh
pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.
|
Patuh
menurut perintah.
|
Ditakik
bagai berendang, disepakkan bagai berayam.
|
Pemberian
gelaran yang tidak ada ertinya.
|
Ditakik
getah di daun.
|
Hidup
melarat.
|
Ditambat
tidak bertali.
|
Hidup
di luar nikah.
|
Ditanaknya
semua berasnya.
|
Semua
kepandaiannya diperlihatkan sekali gus.
|
Ditanam
tebu di telinga,
berkembang bunga raya di muka.
|
Gembira
oleh kerana mendengar pujian.
|
Ditangkap
buaya, nampak
riaknya; ditangkap malas tak bertanda.
|
Sifat
malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.
|
Ditarik
ia menanduk, digiring ia menyepak.
|
Orang
bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang.
|
Ditatang
di anak lidah.
|
Sangat
kasih akan anak isterinya.
|
Ditating
bagai minyak penuh.
|
Diperlakukan
dengan sangat hati-hati.
|
Ditebuk
(= dikerbuk) tikus (= tupai).
|
Sudah
hilang gadisnya.
|
Ditelan
tak sengkang.
|
Semuanya
berjalan dengan lancar.
|
Ditembak
dengan peluru petunang.
|
Perundingan
yang berhasil baik.
|
Ditempuh
nyamuk
terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit.
|
Terlalu
lemah.
|
Ditentang
langit, langit; ditentang bumi, bumi.
|
Tidak
ada tempat bergantung, melarat sekali.
|
Ditetak
belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya.
|
Walau
diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.
|
Ditiarapkan
tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk.
|
Menghadapi
perkara yang sangat sulit.
|
Ditindih
yang berat, dililit yang panjang.
|
Kemalangan
yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang.
|
Dititik
belah, dipalu belah (= datar).
|
Sesuatu
kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi.
|
Ditolak
tak tumbang.
|
Pendirian
yang teguh; orang yang banyak harta.
|
Dituba sajakah ikan, dijala dijaring bukankah
ikan?
|
Tidak
malu melakukan kejahatan.
|
Ditumbuk
dikisar barulah lumat.
|
Hendaklah
berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang
dikehendaki.
|
Diturutkan
gatal tiba ke tulang.
|
Jika
diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi binasa.
|
Sudah
sepadan benar.
|
|
Diuji
timbang lebih sesaga.
|
Perbezaan
yang sangat kecil.
|
Dua
badan senyawa.
|
Sangat
karib.
|
Dua
ekor gajah
berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.
|
Orang
kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri
yang binasa.
|
Dua
kali dua empat.
|
Sama
saja.
|
Duduk
berkelompok, tegak berpusu. (berpusu = berduyun-duyun, berkumpul.)
|
Mencari
orang yang sama setaraf dalam sesuatu majlis.
|
Duduk
berkisar, tegak berpaling.
|
Memungkiri
apa yang telah dikatakan dulu.
|
Duduk
berkurung siang malam.
|
Orang
yang tak keluar-keluar dari rumahnya.
|
Duduk
dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas.
|
Hidup
yang serba salah, kerana menghadapi bencana.
|
Ketua
yang adil.
|
|
Duduk
dengan sukatan.
|
Orang
yang kaya.
|
Duduk
di ambung-ambung taji.
(ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.) |
Selalu
dalam kekhuatiran.
|
Duduk
di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang.
(tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.) |
[Perempuan]]
berkurung di dalam rumah,
tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana.
|
Duduk
meraut ranjau, tegak meninjau jarak.
|
Selalu
bekerja tidak berhenti-henti.
|
Duduk
sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi.
|
Sama
setaraf.
|
Duduk
sehamparan, tegak sepematang.
|
Dua
orang yang sama darjatnya di dalam adat.
|
Duduk
seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang.
|
Buah
fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada
buah fikiran kita sendirian saja.
|
Duduk
seperti kucing,
melompat seperti harimau.
|
Orang
pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.
|
Dulu intan daripada
jawi.
|
Bekerja
dengan tidak menurut peraturan.
|
Orang
berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
|
|
Dulu
buah daripada bunga;
dulu duduk daripada cangkung.
|
Beranggapan
sudah memiliki sesuatu barang yang belum tentu diperoleh.
|
Dulu intan, sekarang
jadi batu buatan.
|
Orang
berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
|
Dulu parang, sekarang
besi.
|
Sudah
rosak, tidak dapat dipakai lagi.
|
Orang
berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
|
|
Dulu
rampak rimbun daun,
kini 'lah sangat merarasi.
(raras = gugur, luruh.) |
Dulu
kaya dan cantik, kini papa dan buruk.
|
Dulu
sorak, kemudian tohok.
(tohok = campak buang yang diberi bertali.) |
Menggembar-gemburkan
sesuatu yang belum terjadi.
|
Orang
kecil memperoleh pangkat tinggi.
|
|
Dulukan
yang dulu merasa garam.
|
Mengutamakan
orang tua-tua di dalam sesuatu pekerjaan.
|
Dunia
diadang, saku-saku dijahit.
|
Mahu
bersuka ria, tidak mahu merugi.
|
Duri di
hutan siapa pertajam.
|
Kekuasaan
Tuhan tidak ada batasnya.
|
Orang
yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik,
salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.
|
|
Jika
orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya
binasalah yang lemah dan baik itu.
|
E
Maknanya
|
|
Ekor anjing berapa pun
dilurut (akan dia) tiada juga betul.
|
Orang
yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat
jahat juga.
|
Orang
miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.
|
|
Elok arak di hari panas.
|
Orang
yang bersukacita sebab maksudnya sampai.
|
Elok
basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. (basa = tegur sapa.)
|
Orang
yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi
kenang-kenangan.
|
Elok
buruk dan busuk hanyir.
|
Kesenangan
dan kesusahan selalu beriringan.
|
Elok
kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.
|
Apa
yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan
sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
|
Elok
lenggang di tempat datar.
|
Bersuka
hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.
|
Elok
palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; kebat = ikat.)
|
Tampaknya
bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik.
|
Harta-benda
harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.
|
|
Embacang buruk
kulit.
|
Kelihatannya
tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.
|
Embun di hujung
rumput.
|
Tiada
kekal.
|
Empang sampai
ke seberang, dinding sampai ke langit. (empang = bendungan.)
|
Perselisihan
yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah.
|
Empat
gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (gasal
= ganjil.)
|
Tutur
kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya.
|
Empat
sudah bersimpul satu.
|
Kesempurnaan
yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal,
orang yang mahir dan orang yang rajin.
|
Enak
lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
|
Nasihat
yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
|
Enau mencari (= memanjat) sigai.
|
Perempuan
mencari lelaki.
|
Enau sebatang dua sigainya.
|
Satu
pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan
suaminya.
|
Enggan
seribu daya, mahu sepatah kata.
|
Kalau
tak suka biasanya banyak alasannya.
|
Memang
mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang
mengerjakannya.
|
|
Lain
yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
|
|
Enggang lalu ranting patah.
|
Sebab
yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.
|
Engkau
belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.
|
Tujuan
telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya
saja.
|
Entak
sedegam, langkah sepijak.
|
Seia-sekata;
semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.)
|
Entimun
bongkok.
|
Tidak
masuk hitungan dalam pergaulan.
|
Esa
hilang, dua terbilang.
|
Berusaha
dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.
|
F
Maknanya
|
|
Fikir
itu Pelita hati.
|
Fikiran
suluh kebenaran.
|
No comments:
Post a Comment